Home > Peristiwa > Pelancaran Nilam

Pelancaran Nilam

Pengetua menyerahkan buku Nilam kepada wakil guru Nilam, Cik Maidah, sebagai simbol pelancaran. Foto oleh: Andika Wira

Pada 11 Januari 2010 telah diadakan majlis Pelancaran Nilam peringkat sekolah. Majlis tersebut telah memaparkan agenda yang ringkas namun memenuhi program yang telah disusun dalam takwim sekolah untuk sesi persekolahan 2010 dan memadai untuk membugarkan semangat pelajar untuk membaca.

Antara agendanya ialah nyanyian lagu Membaca, ucapan GM selaku Setiausaha Program dan ucapan Pengetua serta pelancaran oleh Tuan Pengetua sendiri. Simbol pelancaran telah disediakan oleh Puan Zalina Amat Rosman manakala Cik Maidah pula mewakili guru-guru Nilam menerima simbol pelancaran tersebut dari Pengetua.  Puan Mazlita telah menyediakan buku program sementara Puan Hanisah menyediakan audio. Program ini diselaraskan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, Puan Saemah Ariffin manakala guru-guru bahasa adalah penggerak utamanya.

Majlis tersebut menjadi langkah awal dalam menyemaikan semangat dan minat membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah ini.

BUDAYA MEMBACA

Semaikan di jiwa budaya membaca

Pasti bertambah ilmu yang ada

Bangsa dan usia bukan ukuraan

Yang membezakan …. Kebijaksanaan

Bacalah bacalah mari mambaca

Mudah dilakukan di mana berada

Bacalah dengan mata dan hati

Dunia luas kita terokai

Beraneka jenis bahan bacaan

Yang bermanfaat pilihan utama

Orang berilmu dipandang mulia

Semaikan budaya membaca

Bacalah bacalah mari membaca

Jadikan membaca budaya kita

Jadikan membaca ….. budaya kita

Of all the diversions of life, there is none so proper to fill up
its empty spaces as the reading of useful and entertaining authors.
~ Joseph Addison ~

About these ads
Categories: Peristiwa
  1. February 22, 2010 at 5:06 pm

    awal yang baik

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 688 other followers

%d bloggers like this: