Home > Makluman, Tazkirah & Tazkiyah > Guru Oh Guru

Guru Oh Guru

Oleh : Wartawan blog SMKDS

Tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik pasti tidak sunyi dengan ucapan keramat ”Selamat Hari Guru, cikgu”. Kenapa hari lain ucapan sedemikian tidak kedengaran? Hakikatnya guru berkhidmat 24 jam sehari sepanjang tahun. Adakah tugas guru terlalu membebankan sehingga tiada masa rehat? Jawapannya tentulah tidak kerana guru juga manusia biasa yang diberi kelebihan sebagai makhluk sosial yang dapat berinteraksi dengan cemerlang kepada anak muridnya. Interaksinya tidak terbatas sebaliknya meliputi tugas menyampaikan ilmu, menjadi role-model, membangunkan organisasi sosial sehinggalah kepada memanjatkan doa untuk kesejahteraan pelanggannya atau istilah yang lebih indah dan molek anak didiknya.

Sekadar berkongsi dengan warga SMKDS khasnya anak-anak pelajar sekalian. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.┬áDokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. Tema pada tahun 2010 adalah ”Guru Pembina Negara Bangsa”.

Sambutan Hari Guru ini antara lain bertujuan menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. Ia juga diharapkan dapat menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia serta yang paling penting dapat memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru. Akhir sekali semoga ia dapat meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Bagi rakan-rakan pendidik pula, semoga semangatmu tidak luntur dimamah waktu. Kitalah pengurus-pengurus kilang manusia yang sebenarnya. Samada hasilnya boleh dikagumi atau hanya dipandang sepi oleh masyarakat hanya kita yang punya ramuannya.


About these ads
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 686 other followers

%d bloggers like this: