Program Seminar Super Insan
oleh: Maizatul Farhana
Program Seminar Super Insan Motivasi Dan Teknik Belajar yang sepatutnya diadakan pada hari Selasa minggu lalu, bersamaan 26 Julai 2011 telah ditangguhkan ke Selasa yang lalu, bersamaan 2 Ogos. Tambahan lagi, tarikh tersebut juga merupakan hari kedua umat Islam berpuasa.
Program tersebut diadakan bersama Juara Imam Muda Musim Pertama, Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan. Program ini bermula tepat jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang bertempat di Dewan Bestari, SMK Dato’ Sulaiman. Hanya pelajar Pra-U Bawah, Tingkatan 4 dan Tingkatan 2 sahaja program ini telah dibuka. Jumlah peserta yang menyertai program ini adalah terhad .
Para peserta diwajibkan membayar yuran penyertaan sebanyak RM 15 bagi setiap orang untuk menampung kos penceramah, bahan ceramah dan sijil penyertaan sepanjang program ini berjalan. Program ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat juang para pelajar dalam memburu kecemerlangan di dunia dan akhirat serta memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik belajar menurut perspektif Islam.


