Archive

Author Archive

Perpindahan Guru Kanan Sains Sosial

June 1, 2011 5 comments

Oleh : Nuraina Salamon

Encik Ismail Jais

Perpindahan guru yang disenangi ramai kerana sikapnya yang penyayang merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh warga sekolah ini. Beliau ialah Encik Ismail Jais yang pernah mengajar disekolah ini sejak tahun2004 hingga  2011 serta pernah menyandang jawatan sebagai GKB Sains Sosial sejak lapan bulan yang lalu mulai September 2010 hingga Mei 2011. Kini beliau telah ditukarkan ke SMK Semerah, Batu Pahat sebagai GPK Ko-Kurikulum mulai 16 Mei 2011 yang lalu. Semoga kehadiran beliau ke sekolah baru dapat disambut baik oleh pelajar lain di sana dan akan tetap mengingati kami di sini.

Categories: Kurikulum, Makluman, Peristiwa

Kehilangan Seorang Guru Yang Berdedikasi

June 1, 2011 1 comment

Oleh : Ain Zahirawani

Pada 29 Mei 2011, SMK Dato’ Sulaiman telah digemparkan dengan berita kematian seorang guru  yang berpengalaman iaitu Encik Azman bin Sulaiman. Beliau menghidapi beberapa jenis penyakit yang akhirnya membawa kepada paru-paru berkuman. Beliau mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh dalam keadaan koma selama 2 minggu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang guru yang amat berwibawa. Beliau mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah ini. Semua warga pendidik dan pelajar-pelajar SMK Dato’ Sulaiman amat merasa kehilangannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Categories: Makluman

Larian Perdana Mahkota

June 1, 2011 1 comment

oleh : Aindila

Suatu acara gemilang yang diadakan serentak di seluruh negeri Johor Darul Takzim Larian Perdana Mahkota. Larian tersebut berlangsung pada 12 Februari 2011 dengan membawa cogan kata 1 Murid 1 Sukan. Acara tersebut telah dilancarkan dan disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di Dataran Bandaraya Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Acara Larian Perdana Mahkota ini telah disertai oleh semua pelajar di setiap sekolah di negeri Johor tidak terkecuali juga SMK Dato’ Sulaiman. Setiap peserta yang berdaftar diberi sijil penyertaan yang ditandatangani oleh Haji Markom bin Giran, Pengarah Pelajaran Negeri Johor. Acara Larian Perdana Mahkota ini telah direkodkan dalam Malaysian Book of Record.

Categories: Ko-Kurikulum, Makluman

Program English In Camp.

June 1, 2011 1 comment

Oleh: Maizatul Farhana

Pada 7 April 2011 yang lalu, Persatuan Bahasa Inggeris telah mengadakan program ‘English In Camp’ di Kem Bestari, Kuala Rompin, Pahang. Program ini terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga 5. Selepas pemilihan dibuat, seramai 80 orang pelajar yang terpilih telah dibawa ke kem tersebut dengan diiringi beberapa orang guru selama 3 hari 2 malam.

Para peserta berkumpul di dataran sekolah pada pukul 12.00 tengah hari sebelum bertolak pada pukul 1.00 petang tiba pada pukul 5 petang selepas empat jam perjalanan. Selepas mengemas barang, mereka ke pantai berdekatan untuk melakukan aktiviti bebas.

Kemudian, mereka dibenarkan berehat sebentar. Sebahagian pelajar perempuan tidur di dalam dorm yang disediakan kecuali 16 orang pelajar yang terpaksa tidur di dalam khemah di kawasan yang disediakan kerana kekurangan ruang di dalam dorm. Di samping itu, semua pelajar lelaki juga terpaksa tidur di dalam khemah di kawasan yang lain.

Pada hari kedua, para peserta dan guru melakukan senaman pagi di dataran berdekatan. Kemudian, semua pelajar dan guru telah bersarapan di dewan makan. Selepas itu, pertandingan mencipta lagu, moto, dan logo telah diadakan tepat jam 12 tengah hari. Seterusnya, mereka makan tengah hari bersama-sama dan dibenarkan melakukan aktiviti bebas. Aktiviti seterusnya pula dijalankan tepat jam 3 petang.

Pada hari Sabtu, 9 April 2011 merupakan hari terakhir para peserta di Kem Bestari, Kuala Rompin. Selepas bersarapan, bagi para peserta yang bermalam di khemah telah bergotong-royong mengemas khemah masing-masing dan bersedia untuk penyampaian hadiah. Tepat jam 10 pagi, para peserta bertolak pulang ke sekolah. Namun begiti, para peserta sempat singgah sebentar di Mersing untuk membeli keropok lekor untuk dijadikan buah tangan kepada ahli-ahli keluarga sebelum mereka meneruskan perjalanan. Para peserta tiba sekolah pada jam 2 petang dan mereka terus pulang ke rumah masing-masing.

Pertandingan Seni Silat

June 1, 2011 Leave a comment

Oleh: Maizatul Farhana

Pada hari isnin, 25 April 2011 yang lalu, Pertandingan Seni Silat peringkat Daerah telah diadakan. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sulaiman telah dijadikan tuan rumah

Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh Batu Pahat. Acara yang dipertandingkan ialah Seni Tari Silat Solo dan Seni Tari Silat Berpasangan bagi kategori lelaki dan perempuan untuk peringkat sekolah rendah. Bagi peringkat sekolah menengah pula Seni Tari Silat Solo, Seni Tari Silat Berpasangan serta Jurus Silat bagi kategori lelaki dan perempuan telah di pertandingkan. Acara tersebut diadakan pada waktu pagi, kecuali acara Jurus Silat bagi lelaki dan perempuan. Pertandingan diadakan tepat jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.30 petang.

-Bagi acara Seni Tari Silat Solo kategori lelaki peringkat sekolah rendah:

1) SK Seri Laksana (Johan)

2) Sk Seri Binjai (Kedua)

3) SK Seri Comel (Ketiga)

-Bagi acara Seni Tari Silat Solo kategori perempuan peringkat sekolah rendah:

1)SK Parit Sulong (Johan)

2)SK Parit Sulong (Kedua)

3)SK Seri Comel (Ketiga)

-Bagi acara Seni Tari Silat Berpasangan Lelaki peringkat sekolah rendah:

1)SK Seri Binjai (Johan)

2)SK Seri Laksana (Kedua)

3)SK Beroleh (Ketiga)

-Bagi acara Seni Tari Silat Berpasangan Perempuan peringkat sekolah rendah:

1)SK Parit Sulong (Johan)

2)SK Seri Laksana (Kedua)

3)SK Seri Comel (Ketiga)

-Bagi Acara Seni Tari Silat Solo kategori lelaki pringkat sekolah menengah:

1)SMK Tengku Putra (Johan)

2)SMK Dato’ Sulaiman (Kedua)

3)SMK Penghulu Saad (Ketiga)

-Bagi Acara Seni Tari Silat Solo kategori perempuan pringkat sekolah menengah:

1)SMK Dato’ Sulaiman (Johan)

2)SMK Seri Medan (Kedua)

3)SMK Penghulu Saad (Ketiga)

-Bagi acara Seni Tari Silat Berpasangan lelaki peringkat sekolah menengah:

1)SMK Dato’ Sulaiman (Johan)

2)SMK Tun Ismail (Kedua)

3)SMK Seri Medan (Ketiga)

-Bagi acara Seni Tari Silat Berpasangan perempuan peringkat sekolah menengah:

1)SMK Dato’ Sulaiman (Johan)

2)SMK Tun Ismail (Kedua)

3)SMK Penghulu Saad (Ketiga)

-Bagi acara Jurus Silat kategori lelaki peringkat sekolah menengah:

1)SMK Dato’ Sulaiman (Johan)

2)SMK Tengku Putra (Kedua)

3)SMK Dato’ Onn (Ketiga)

-Bagi acara Jurus Silat kategori perempuan peringkat sekolah menengah:

1)SMK Dato’ Sulaiman (Johan)

2)SMK Tun Ismail (Kedua)

3)SMK Tengku Ibrahim Girls School (Ketiga)

-Johan keseluruhan bagi sekolah menengah dan sekolah rendah:

1)SMK Dato’ Sulaiman

Categories: Ko-Kurikulum, Peristiwa

Kursus Orientasi Pelajar Sekolah Menengah Sahabat PPDa-Petronas Peringkat Negeri Johor 2011

June 1, 2011 Leave a comment

Oleh: Aina Anshor

Kursus Orientasi Pelajar Sekolah Menengah Sahabat PPDa-Petronas peringkat Negeri Johor 2011 telah diadakan di SK Banang Jaya, Jalan Tanjong Laboh, Batu Pahat. Kursus ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan mendapat tajaan daripada petronas serta dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Johor. Kursus ini berlangsung pada jam 7.30 pagi sehigga 5.00 petang. Tujuan kursus ini diadakan bagi memupuk sifat kepimpinan dalam diri setap pelajar.

 

SMK Dato’ Sulaiman telah menghantar 9 orang pelajar tingkatan 4 untuk menyertai kursus ini. Aktiviti yang dilakukan ialah mendengar  taklimat dari JPNJ tentang bahayanya dadah dan keburukan dadah, sesi suai kenal dengan pelajar-pelajar, ceramah asertif diri dan komunikasi berkesan, LDK kemahiran asertif diri dan komunikasi dan slot petronas yang berkaitan dengan bidang pekerjaan yang disediakan oleh petronas serta biasiswa dan pusat pengajian yang disediakan oleh petronas selepas SPM telah disampaikan oleh wakil petronas. Semua pelajar yang menyertai kursus ini diberi sijil penyertaan.

Categories: Kaunseling, Peristiwa

Perhimpunan Mingguan 18 April

June 1, 2011 Leave a comment

Wartawan Junior: Nuraina Salamon

Perhimpunan mingguan 18 April telah diadakan di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman telah dimulakan Encik Othman Bin Marin. Pertandingan kebersihan kelas mengikut tingkatan masing-masing  turut diadakan mengikut bulan pada minggu yang tertentu.

KATEGORI KEDUDUKAN         KELAS
      Menengah Rendah     Ke -3         2 RK 1
    Ke – 2        3 PMR 1
  Pertama          1 RK 1
       Menengah Atas     Ke -3        5 SPM 3
    Ke – 2        4 SPM 6
  Pertama        5 SPM 2
    Pra – U / Tingkatan 6     Ke – 2        6 Atas 3
  Pertama        6 Atas 1

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan lagi oleh Puan Pauziyana Binti Abu sempena Festival Nasyid yang telah diadakan di salah satu sekolah di daerah Batu Pahat. Pertandingan yang telah diadakan ialah pertandingan tadarus Al-Quran, syarahan, berzanji, nasyid dan lain-lain lagi. Antara peserta yang telah membawa hadiah kemenangan :

NAMA PEMENANG KATEGORI KEDUDUKAN
Mohd Hanif Tulisan Khat (Lelaki) Ke – 8
Siti Nor Fazilah Nordin Tulisan Khat (Perempuan) Ke – 11
Azwa Azmi Syarahan Ke – 9
Mohd Hanif Tilawah Al-Quran Johan
Mohd Aziz Bin Ghozi Berzanji Naib Johan
Kumpulan Nasyid SMKDS Nasyid Naib Johan
Nur Hamizah Humaira’ Mohd Yusak Hafazan (Perempuan) Ke-3

Pelancaran 1 Murid, 1 Guru, 1 Buku, 1 Minggu yang diadakan dipengerusikan oleh Puan Ayu Binti Darlu adalah hasil kesinambungan Program Membaca yang pertama kali diadakan pada tahun 2006. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Misli bin Rosbadi sebagai Pengetua SMKDS.

Categories: Makluman
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 688 other followers