Archive

Author Archive

Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM

November 16, 2009 Leave a comment
DSCN4111

Antara peserta Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM

DSCN4117

Mr. John Daniel sedang menyampaikan taklimatnya.

DSCN4122

Antara guru yang menjayakan; dari kiriPn. Salhah, Cik Rahmah dan di hadapan ialah Pn. Salwah.

Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM telah diadakan pada 13 November 2009, hari Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di bilik Muzik. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada para pelajar menjawab subjek berkenaan dalam peperiksaan SPM yang sudah begitu hampir kini. Bengkel ini bukanlah satu-satunya namun ia menjadi kemuncak kepada usaha guru-guru Bahasa Inggeris untuk membantu pelajar semaksimum yang boleh. Justeru itu seorang Guru Pakar telah dijemput untuk menjayakan program ini iaitu En. John Daniel. Seramai kira-kira 100 orang pelajar menyertainya yang terdiri daripada para pelajar 5SPM1 hingga 5SPM4 manakala yang selebihnya menghadiri Bengkel Chatan Seni Visual pada masa yang sama.  Antara guru-guru yang terlibat ialah Cik Rahmah, Pn. Salwah, Pn. Salhah dan Pn. Raudzah yang kesemuanya terlibat dengan kelas-kelas peperiksaan SPM pada tahun ini.

Categories: Bahasa Inggeris, Kurikulum

Bengkel Chatan SPM

November 16, 2009 1 comment
DSCN4127

Lukisan persediaan

DSCN4103

En. Jayadi Rubani

DSCN4100

Antara pelajar yang turut serta dalam Bengkel Chatan

Pada hari Jumaat, 13 November 2009, satu rogram persediaan akhir  Seni Visual SPM untuk para pelajar yang mengambil subjek berkenaan  iaitu Bengkel Chatan telah diadakan di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman.   Ia dikendalikan oleh Encik Jayadi Rubani. Seramai kira-kira 100 orang pelajar terlibat yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar-pelajar 5SPM5, 5SPM6, 5SPM(Lelaki) dan 5SPM(Perempuan). Walau bagaimanapun terdapat kurang daripada 10 orang pelajar daripada kelas 5SPM1 yang mengambil subjek berkenaan namun mereka belajar sendiri kerana subjek berkenaan tidak ditawarkan untuk kelas mereka. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang Seni Visul mereka rela belajar di luar waktu sesi persekolahan. Bengkel ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Categories: Kurikulum

Jamuan Pendidikan Khas & Kelab Reka Cipta

November 12, 2009 Leave a comment

Biasanya jamuan akhir tahun menjadi agenda penutup sebelum menjelangnya cuti sekolah. Justeru beberapa unit di sekolah ini sudah sedia menutup tirai aktiviti tahunannya dengan jamuan akhir tahun. Antaranya ialah jamuan akhir tahun Pendidikan Khas dan jamuan akhir tahun kelab Reka Cipta yang diadakan pada 4 November 2009.

Setiap tahun Pendidikan Khas memang pemurah dengan jamuan akhir tahunnya yang melibatkan jemputan semua guru dan staf sekolah ini tidak kira sesi pagi atau petang.  Pada jamuan kali ini hidangannya amat menyelerakan. Antaranya ialah nasi kerabu, sup kambing, rojak dan pelbagai juadah yang kesemuanya membangkitkan selera. Guru-guru dan pembantu Pendidikan Khas yang diketuai oleh Encik Ghani Madon bergotong royong menyediakannya demi memeriahkan majlis. Tuan Pengetua, En Misli Rosbadi telah berkenan menyampaikan beberapa hadiah kejohanan yang dimenangi oleh para pelajar Pendidikan Khas.

Kelab Reka Cipta yang diketuai oleh En. Ab Zayin Abdullah juga telah mengadakan jamuan akhir tahun pada hari yang sama tetapi masa yang berbeza iaitu kira-kira jam 1.30  tengahari. Kehadiran melibatkan semua pentadbir, guru-guru jemputan dan semua pelajar kelab Reka Cipta yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian beberapa anugerah untuk pelajar-pelajar kelab berkenaan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Kedua-dua jamuan ini hakikatnya menampakkan keperihatinan unit atau kelab terhadap kebajikan dan keperluan para ahli yang dinaunginya. Dengan penghargaan dan keraian sebegini yang diadakan setahun sekali akan menambahkan lagi keyakinan para pelajar atau ahli-ahli terhadap unit dan kelab yang disertainya sepanjang tahun.

Categories: Makluman

Peperiksaan Percubaan PMR

September 8, 2009 Leave a comment

Seramai 280 orang calon PMR sekolah ini telah menduduki peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berlangsung mulai 17 Ogos hingga 21 Ogos 2009 yang lepas. Soalan-soalan peperiksaan adalah merupakan soalan setara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Calon 8A

Peperiksaan berkenaan telah dikendalikan sepenuhnya seperti peperiksaan sebenar untuk membiasakan calon dengan situasi peperiksaan yang akan diadakan serentak di seluruh negara mulai 7 Oktober hingga 13 Oktober depan.

IMG_0824

Keputusan peperiksaan berkenaan telah diumumkan kepada pelajar melalui papan info di sekolah.

Bilangan calon 280

Bilangan menguasai 88

Peratus menguasai 31.4 %

Bilangan cemerlang 2

Gred Purata Sekolah 3.39

Calon-calon cemerlang (8 A)

MUHAMMAD HADRI B. HUSSIN

MUHAMMAD HADRI B. HUSSIN

RABIATUL ADAWIYAH BT. OTHMAN

RABIATUL ADAWIYAH BT. OTHMAN

Calon 7A 1B

NUR ALIAH SU’AIDAH BT. SAABAN

NUR ALIAH SU’AIDAH BT. SAABAN

NUR ATIKAH BT. HASSIM

NUR ATIKAH BT. HASSIM

CALON 7A 1C

7A 1C Nurul Nadiah

NURUL NADIAH BT. MOHD. HASSAN

Semoga keputusan ini akan dapat memberi dorongan yang berterusan dan inspirasi kepada semua pelajar untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan.

Sumber berita: UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN, SMK Dato’ Sulaiman.

Categories: Makluman, Peperiksaan

Pertandingan Pidato Pra-U

September 5, 2009 1 comment
pidato

Handika Wira Mohd. Fauzir, pemidato dari SMK Dato' Sulaiman memenangi pertandingan pidato Pra-U bertemakan 'pencegahan rasuah'.

Pada 13 Ogos 2009 yang lalu, Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman telah menjadi saksi kepada pertandingan pidato yang bertemakan ‘pencegahan rasuah’ bagi pelajar-pelajar Pra Universiti daerah Batu Pahat.

Pertandingan pidato tersebut telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan tujuan untuk menanamkan semangat dan nilai murni anti rasuah sempena sambutan Bulan Bahasa dan sastera Negara yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia disertai oleh 16 buah sekolah bagi pidato bahasa Melayu manakala pidato bahasa Inggeris disertai oleh 12 buah sekolah menengah daerah Batu Pahat.

Antara tajuk-tajuk yang dibahaskan bagi zon selatan ialah:

1. Bersama Kita Hapuskan Rasuah.

2. Negara makmur Tanpa Rasuah.

3. Rasuah Dihina Maruah Dibina.

4. Modal Insan Hidup bebas Tanpa Rasuah.

Dalam pertandingan tersebut peserta dari sekolah tuan rumah iaitu Handika Wira Mohd. Fauzir telah menjuarai pidato bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris pula dimenangi oleh Lee Sin Ee dari SMK Munshi Sulaiman.

Johan bagi kedua-dua kategori akan maju ke peringkat negeri pada 29  hingga 30 September 2009 di Hotel Goodhope, Johor Bahru. Tahniah kepada para pemenang. Selamat maju jaya.

Sumber berita: Rosmawati Abdul Aziz.

Categories: Ko-Kurikulum, Peristiwa

Alunan Quran Menghidupkan Ramadhan

September 1, 2009 Leave a comment

Tika jasad telah bersemadi di perut bumi,

ditemani peria tampan berdiri di sisi,

datanglah munkar dan nakir ingin melaksanakan tugasnya,

“Pergilah engkau wahai peria tampan, kami ingin menyoal siasat lelaki ini.”

“Silalah engkau menjalankan tugasmu. Aku cuma ingin pastikan lelaki ini akan masuk ke syurga. Aku akan menunggunya sehingga kepastian itu datang.”

“Siapakah engkau wahai peria tampan?”

“Akulah bacaan Al-Quran yang pernah didendangkan lelaki ini sewaktu hidupnya.”

“Kekadang aku dialunkan perlahan, kekadang nyaring. Aku akan menemaninya sehingga hari Qiamat, sehingga dia masuk ke syurga.”

Hidupkan Ramadhan, hidupkan hayatmu,

dengan bacaan Al-Quran,

semoga hidup dan matimu sentiasa berteman

sepetimana kau perlukan teman semasa di dunia ini.

Categories: Tazkirah & Tazkiyah

Tarikh-Tarikh Peperiksaan

August 31, 2009 Leave a comment

Peperiksaan Sebenar:

PMR 7-13 Okt 2009
SPM 19 Nov – 16 Dis 2009
STPM 18 Nov – 10 Dis 2009

Peperiksaan Percubaan:
PMR 17-21 Ogos 2009
SPM 1-18 September 2009

Semoga semua calon SMKDS akan berjaya dengan cemerlang. Teruskan fokus dan usaha serta doa anda.

Categories: Makluman, Peperiksaan

Sempena Kemerdekaan Malaysia

August 31, 2009 2 comments


Semenanjung Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Sementara Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963. Namun 31 Ogos 1957 dikira sebagai tarikh rasmi negara Malaysia merdeka. Lagu negaraku telah dicipta oleh Ahmad CB. Lagu ciptaan asal berlatarkan dokumentari kemerdekaan tahun 1957.

Categories: Peristiwa

“Listening Practice”

August 26, 2009 Leave a comment

Video ini dimuatkan sebagai latihan mendengar dan memahami untuk bahasa Inggeris (listening practice) terutamanya bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan MUET. Memahami bahasa Inggeris disamping mengambil tahu isu dunia semasa.  Kepada para pelajar MUET, cuba fahami video ini. Selamat belajar.

Categories: Bahasa Inggeris

Peperiksaan Percubaan PMR

August 23, 2009 Leave a comment
Calon-calon PMR sedang mendengar taklimat peperiksaan.

Calon-calon PMR sedang mendengar taklimat peperiksaan.

Calon-calon sedang menjalani peperiksaan percubaan PMR.

Calon-calon sedang menjalani peperiksaan percubaan PMR.

Peperiksaan percubaan PMR telah dijalankan  secara setara bagi negeri Johor mulai Isnin 17 Ogos hingga Jumaat 21 Ogos 2009.

Categories: Makluman, Peristiwa

Karnival TEKNOPEN

August 16, 2009 Leave a comment
Hasil edit foto digital oleh Afiq Syahmi yang memenangi tempat kedua peringkat daerah Batu Pahat sempena Karnival TEKNOPEN.

Hasil edit foto digital oleh Afiq Syahmi yang memenangi tempat kedua peringkat daerah Batu Pahat sempena Karnival TEKNOPEN.

Karnival TEKNOPEN (Teknologi Pendidikan) peringkat daerah Batu Pahat telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Ogos 2009 yang lalu bertempat di SMK Tun Sardon, Rengit, Batu Pahat.  SMK Dato’ Sulaiman telah menghantar 4 orang peserta iaitu:

Peserta Pertandingan Mengedit Gambar Digital
- Afiq Syahmi bin Adanan (5 SPM 1)
Peserta Pertandingan Membina Laman Web
- Mohd. Hazwan bin Shamsudin (2 RK 1)
Peserta Pertandingan Buka Pasang Komputer
- Mohd. Akhbar bin Sanusi (3 PMR 1)
Peserta Pertandingan Kuiz ICT
- Mohd. Hadri bin Hussin Chee (3 PMR 1)

Dari kiri Mohd. Hazwan, Tuan Pengetua En. Misli Rosbadi dan Afiq Syahmi dengan hadiah kemenangan masing-masing.

Dari kiri Mohd. Hazwan, Tuan Pengetua En. Misli Rosbadi dan Afiq Syahmi dengan hadiah kemenangan masing-masing.

Afiq Syahmi telah memenangi tempat kedua pertandingan mengedit foto digital manakala Mohd. Hazwan pula memenangi hadiah saguhati dalam pertandingan membina laman web. Keempat-empat peserta diiringi oleh Puan Ayu Darlu yang juga bertugas selaku salah seorang hakim dalam pertandingan membuka dan memasang komputer.

Categories: Peristiwa

Bola sepak MSSD 18 tahun

April 17, 2009 1 comment

Pada 14-16 April 2009, pasukan bola sepak 18 tahun telah menyertai perlawanan bola sepak peringkat MSSD bertempat di SMK Datuk Bentara Luar.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan SMK Dato’ Sulaiman telah menang dengan SMK Agama Pt. Raja 2-1, seri dengan SMK Tengku Mahmud Iskandar 1-1, kalah dengan SMK Datuk Menteri 1-6 dan menang sekali lagi dengan SMK Tinggi Cina 4-0.

Seperti B15, pasukan ini juga tidak melepasi pusingan pertama kerana kalah pada jaringan gol.

Guru-guru dan jurulatih yang turut serta mengiringi 19 pemain ini ialah En Jayadi Rubani(ketua), En. Ismail Jais, En. Amfal, En. Jamaluddin dan En. Hamdi Md. Fadzali.

Categories: Ko-Kurikulum, Peristiwa

Bola sepak bawah 15 tahun

April 17, 2009 Leave a comment

Pada 6-7 April 2009, SMK Dato’ Sulaiman telah menghantar pemain-pemain bola sepak bawah 15 tahun untuk mewakili sekolah bagi menyertai perlawanan bola sepak peringkat MSSD di SMK Tengku Mahmud Iskandar.

Keputusannya SMK Dato’ Sulaiman menang 3-1 dengan sekolah tuan rumah, seri 1-1 dengan SMK Munshi Sulaiman, kalah 1-6 dengan SMK Yong Peng dan sekali lagi menang 3-0 dengan SMK Banang Jaya.

Walaupun pasukan SMK Dato’ Sulaiman menang dua kali, namun ia tidak dapat memasuki ke peringkat seterusnya kerana kalah jaringan.

Categories: Ko-Kurikulum, Peristiwa

Sambutan Maulidur Rasul

April 11, 2009 Leave a comment

Persembahan multimedia sempena maulidur rasul 1430H bersamaan 2009.

Sambutan maulid ur rasul telah diadakan pada hari Jumaat, 27 Mac 2009. Bersempena dengannya Ustazah Fazidah telah dijemput untuk memberikan ceramahnya yang berkisar tentang pergaulan remaja kini. Tema ceramah ini juga diselaraskan dengan kempen “Jauhi Zina” anjuran Jabatan Agama negeri Johor.

Yang menariknya ceramah Ustazah Fazidah telah berjaya memukau hati para pelajar sekolah ini sehingga mereka begitu memberikan tumpuan dengan penuh minat. Barangkali ustazah memiliki kaedah pedagogi yang tersendiri untuk menawan tumpuan mereka; pelbagai grafik dan video dipertontonkan. Barangkali juga tema ceramah ini sesuai dengan peringkat umur mereka.

Categories: Peristiwa

Weblog Baru

April 10, 2009 Leave a comment
Categories: Makluman
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 686 other followers