Pada 7 April 2011 yang lalu, Persatuan Bahasa Inggeris telah mengadakan program ‘English In Camp’ di Kem Bestari, Kuala Rompin, Pahang. Program ini terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga 5. Selepas pemilihan dibuat, seramai 80 orang pelajar yang terpilih telah dibawa ke kem tersebut dengan diiringi beberapa orang guru selama 3 hari 2 malam.
Para peserta berkumpul di dataran sekolah pada pukul 12.00 tengah hari sebelum bertolak pada pukul 1.00 petang tiba pada pukul 5 petang selepas empat jam perjalanan. Selepas mengemas barang, mereka ke pantai berdekatan untuk melakukan aktiviti bebas.
Kemudian, mereka dibenarkan berehat sebentar. Sebahagian pelajar perempuan tidur di dalam dorm yang disediakan kecuali 16 orang pelajar yang terpaksa tidur di dalam khemah di kawasan yang disediakan kerana kekurangan ruang di dalam dorm. Di samping itu, semua pelajar lelaki juga terpaksa tidur di dalam khemah di kawasan yang lain.
Pada hari kedua, para peserta dan guru melakukan senaman pagi di dataran berdekatan. Kemudian, semua pelajar dan guru telah bersarapan di dewan makan. Selepas itu, pertandingan mencipta lagu, moto, dan logo telah diadakan tepat jam 12 tengah hari. Seterusnya, mereka makan tengah hari bersama-sama dan dibenarkan melakukan aktiviti bebas. Aktiviti seterusnya pula dijalankan tepat jam 3 petang.
Pada hari Sabtu, 9 April 2011 merupakan hari terakhir para peserta di Kem Bestari, Kuala Rompin. Selepas bersarapan, bagi para peserta yang bermalam di khemah telah bergotong-royong mengemas khemah masing-masing dan bersedia untuk penyampaian hadiah. Tepat jam 10 pagi, para peserta bertolak pulang ke sekolah. Namun begiti, para peserta sempat singgah sebentar di Mersing untuk membeli keropok lekor untuk dijadikan buah tangan kepada ahli-ahli keluarga sebelum mereka meneruskan perjalanan. Para peserta tiba sekolah pada jam 2 petang dan mereka terus pulang ke rumah masing-masing.
Pengumuman kepada para pelajar SMK Dato’ Sulaiman khasnya dan sesiapa jua amnya, satu blog baru telah dihubungkan kepada blog ini iaitu blog mengenai Bahasa Inggeris yang dimiliki oleh Cikgu Azman Sulaiman, seorang guru Bahasa Inggeris yang kaya dengan input Bahasa Inggerisnya. Blog beliau merupakan satu sumber yang baik untuk subjek berkenaan. Sesiapa yang ingin memperolehi sesuatu mengenai Bahasa Inggeris, bolehlah melawati laman blog beliau di http://guyup-english.blogspot.com/. Semoga sesuatu yang baik boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih cikgu Azman kerana sudi berkongsi ilmu dan kemahiran.
Antara peserta Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM
Mr. John Daniel sedang menyampaikan taklimatnya.
Antara guru yang menjayakan; dari kiriPn. Salhah, Cik Rahmah dan di hadapan ialah Pn. Salwah.
Bengkel Teknik Menjawab Bahasa Inggeris SPM telah diadakan pada 13 November 2009, hari Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari di bilik Muzik. Ia bertujuan untuk memberi panduan kepada para pelajar menjawab subjek berkenaan dalam peperiksaan SPM yang sudah begitu hampir kini. Bengkel ini bukanlah satu-satunya namun ia menjadi kemuncak kepada usaha guru-guru Bahasa Inggeris untuk membantu pelajar semaksimum yang boleh. Justeru itu seorang Guru Pakar telah dijemput untuk menjayakan program ini iaitu En. John Daniel. Seramai kira-kira 100 orang pelajar menyertainya yang terdiri daripada para pelajar 5SPM1 hingga 5SPM4 manakala yang selebihnya menghadiri Bengkel Chatan Seni Visual pada masa yang sama. Antara guru-guru yang terlibat ialah Cik Rahmah, Pn. Salwah, Pn. Salhah dan Pn. Raudzah yang kesemuanya terlibat dengan kelas-kelas peperiksaan SPM pada tahun ini.
Video ini dimuatkan sebagai latihan mendengar dan memahami untuk bahasa Inggeris (listening practice) terutamanya bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan MUET. Memahami bahasa Inggeris disamping mengambil tahu isu dunia semasa. Kepada para pelajar MUET, cuba fahami video ini. Selamat belajar.