Pertandingan Multimedia 2010 (Syarat Penyertaan)
Pertandingan-pertandingan ini hanya dibuka untuk warga SMK Dato’ Sulaiman sahaja. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:
PERTANDINGAN MEMBINA BAHAN MENGGUNAKAN
PERISIAN POWER POINT
Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja.
- Boleh menggunakan perisian Power Point 2003 atau 2007.
- Nama, tingkatan dan tajuk ditulis di slide pertama.
- Minimum 10 slide dan maksimum 15 slide.
- Karya mestilah asli dan ciptaan sendiri. Sekiranya didapati karya mengandungi unsur ciplak maka penyertaan akan dibatalkan.
- Kandungan bahan boleh dipilih meliputi aspek seperti berikut:
- bahan pelajaran
- tentang diri sendiri
- bebas (bersyarat; kemukakan tajuk kepada panel terlebih dahulu).
- Penilaian berdasarkan kebijaksanaan menggunakan tool-tool power point dengan mengambil kira kekemasan, kesesuaian dan daya kreativiti.
- Elemen-elemen lain seperti gambar, video, muzik, audio dan lain-lain yang bersesuaian boleh dimasukkan.
- Masa persembahan tidak melebihi 10 minit.
- Persembahan dihantar dalam bentuk CD kepada panel penilai dan email kepada ayudarlu@gmail.com dengan menulis subjek/perkara; “Pertandingan Power Point 2010”.
- Persembahan hendaklah dihantar sebelum 15 Jun 2010.
PERTANDINGAN “CUTEST BLOG”
Syarat Penyertaan:
- Pertandingan membina blog dibahagikan kepada 2 kategori:
- I. Pelajar
- II. Guru dan Staf
- Blog boleh dibina dengan blogspot, wordpress, eweb dan lain-lain.
- Memohon nasihat, cadangan dan tunjuk ajar untuk membina blog dibenarkan TETAPI Blog mestilah HASIL CIPTA SENDIRI.
- Blog yang dipertandingkan mestilah dihantar alamatnya (URL blog: http://……………………..) kepada Puan Ayu Darlu di ayudarlu@gmail.com dengan menulis subjek/perkara; “Pertandingan Cutest Blog 2010”. Maklumat berikut mestilah dituliskan sekali:
- Nama:
- Nombor Kad Pengenalan:
- Kategori:
- Tingkatan:
- Penilaian akan dibuat antara 18-20 Jun 2010 secara online.
- Keputusan panel penilai adalah muktamad.
PERTANDINGAN MEMBINA WINDOWS MOVIE VIDEO (WMV)
Syarat Penyertaan:
- Pertandingan WMV ini terbuka kepada semua warga sekolah sama ada para pelajar, guru-guru atau staf bukan guru.
- Tajuk ditulis di slide pertama.
- Nama Fotografer dan nama Sinematografer ditulis di slide kedua akhir. Boleh menggunakan nama kreatif.
- Slide terakhir hendaklah ditulis “SMK Dato’ Sulaiman Dalam Kenangan”.
- Kandungan bahan merupakan gambar-gambar (still picture) atau video (movie) mengenai peristiwa sekolah, aktiviti kelab, persatuan, badan beruniform dan lain-lain aktiviti di sekolah.
- Pastikan hanya foto, grafik dan video yang sesuai dan sopan sahaja yang dimasukkan. Gambar-gambar candid boleh dimasukkan jika menepati kesesuaian, kesopanan dan kewajaran.
- Gaya persembahan adalah bebas. Namun, unsur-unsur tambahan seperti teks, effect, bunyi, suara latar (voice over) pergerakan dan lain-lain yang bersesuaian dan diolah secara kreatif akan meningkatkan kualiti persembahan.
- Setiap persembahan mestilah tidak melebihi 8 minit.
- Karya mestilah asli dan ciptaan sendiri. Sekiranya didapati karya mengandungi unsur ciplak maka penyertaan akan dibatalkan.
- Hasil karya hendaklah dihantar kepada panel penilai sebelum 20 Jun 2010.
- WMV yang menang dan sesuai akan dimasukkan dalam blog sekolah http://smkdatosulaiman.wordpress.com
Segala kemusykilan berkaitan ketiga-tiga pertandingan di atas hendaklah dirujuk kepada panel penilai atau berhubung terus dengan Puan Ayu Darlu (019-7665507 / ayudarlu@gmail.com dengan dituliskan subjek/perkara; “Pertandingan 2010”.
Teknologi menjadikan imaginasi satu realiti.



