Oleh : Lyana Kamarudin (wartawan SMKDS)
Foto : Maizatul

Pasukan Senamrobik Sekolah mengetuai acara pada pagi ini.
PARIT SULONG, 14 Januari 2012 – Akal yang cerdas datangnya dari badan yang cergas. Percaya dengan resepi sihat tersebut, para guru, staf sokongan dan pelajar SMKDS telah menyertai acara senamrobik pada pagi Sabtu ini. Acara ini dipecahkan kepada dua lokasi.
Peserta wanita membuat rutin senamrobik di Dewan Bestari dan dipimpin oleh Pn. Zainor Idayu bt. Jusoh. Iringan muzik yang dipetik dari filem Hindustan benar-benar mengundang tawa dan memberi tenaga yang besar dalam membantu aktiviti senamrobik berjalan denagn lancar. Lebih manis, Tuan Pengetua SMKDS, Pn. Hajah Noriah bt Nasir turut tidak ketinggalan sama bersenam dengan peserta- peserta lain. Komitmen yang ditunjukkan oleh beliau untuk turut sama ‘turun padang‘ bagi menjayakan program sekolah membuktikan semangat kerjasama sangat penting dalam sesebuah organisasi. Pasukan ibu-ibu mengandung ( guru-guru yang mengandung) yang awalnya hanya duduk sebagi pemerhati bebas turut mengambil peluang melakukan senamrobik kerana rutin yang ditunjukkan oleh Pn. Zainor Idayu sangat mudah dan selamat untuk diikuti. Di akhir acara, para peserta ditontonkan dengan persembahan senamrobik oleh pasukan senamrobik sekolah yang terdiri daripada para pelajar tingkatan 4. Mereka pernah mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sebelum ini.
Bagi kumpulan peserta lelaki, mereka mengadakan tarian poco-poco di Dataran Budi yang dipimpin oleh Encik Sahrul Nizam b. Marbon. Berpeluh-peluh nampaknya guru-guru lelaki untukcubaseiring mengikut rentak. Tepat jam 9 pagi, acara yang ditunggu-tunggu pun tiba. Apalagi kalau bukan acara menikmati jamuan. Hidangan pada pagi ini dibawa oleh para guru sendiri. Semua nampak begitu berselera menikmatinya. Acara gotong-royong bermula tepat jam 10 pagi mengikut kawasan yang ditetapkan.Parapelajar membersih dan menghias kelas masing-masing. AJK tertinggi setiap kelas dan persatuan pula membantu para guru membersihkan bilik-bilik khas. Program tamat sekitar jam 1 tengahari. Persekitaran yang bersih dan menarik merangsang emosi dan tindakan yang cemerlang.

Pertandingan membina bahan menggunakan Power Point dimenangi oleh:
- Johan: NURUL AZURA BINTI ABU SAMAH (1PMR4) Jom Pergi Zoo
- Naib Johan: FATIN IZZATY BINTI YUSOF (1RK1) Diri Saya
- Ke-tiga: NAYLI ATIQAH BT. HJ. MOHD. YUNOS (1PMR1) Keluargaku
- saguhati: MOHD NORHAN BIN MOHD SEDEK (2PMR1) Negaraku Malaysia
- saguhati: NUR AMIRA ELYANIE BTE SARMAN (2RK1) Permainan Tradisional
- saguhati: SITI NURHAFIZAH SHAMSUDIN (2PMR1) Permainan Tradisional
- saguhati: NOR FARAIZZATI BT MAZLAN (2RK1) Peace No War
- saguhati: NURUMAIRAH BTE MOHD KATIMIN (1PMR4) Bunga Yang Saya Suka
- saguhati: EZZAH SUHANA BINTI SEMAN (2RK2) Myself
Pertandingan Movie Video:
- Johan: RAJA FARAH NAJIHA BINTI RAJA IBRAHIM (2PMR2) Memori Tercipta
- Naib Johan: SYAHNAZ AD-DIN NAQUIB B. SHUHAIMI (2RK1) Crew of 1RK1 2009
Oleh : Wartawan blog SMKDS
Parit Maimon, Batu Pahat – 22 Mei 2010 : Program Gaya Hidup Sihat bersama pemimpin dan masyarakat ke arah 2L (lawa dan langsing) telah diadakan di SK Seri Laksana bermula jam 8 pagi lagi. Program yang dianjurkan bersama Pusat Kesihatan Parit Sulong ini terbuka kepada orang ramai dan tenaga kerja sekolah-sekolah DUN Seri Medan.

Cik nazliah sedang menjalani pemeriksaan tahap gula dalam darah
Acara dimulakan dengan senamrobik di dataran sekolah yang melihatkan ramai peserta mengayun langkah dengan cara tersendiri. Seterusnya peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Merah, Kuning, Hijau dan Biru bagi membuat pemeriksaan kesihatan. Peserta berpeluang mengukur BMI (Body Mass Index), tahap tekanan darah dan kandungan gula dalam badan.
Bilik keempat menyediakan khidmat kaunseling kesihatan kepada peserta yang memerlukan khidmat nasihat tambahan terhadap tahap kesihatan diri masing-masing. Bagi kaum ibu pula, ujian pap smear dan pemeriksaan payu dara turut disediakan di dalam bilik khas. Senaman menggunakan bola besar diiringi lagu-lagu rancak yang menghiburkan menarik minat ramai peserta kanak-kanak yang turut menyanyikan lagu yang dimainkan.

Para peserta bersenam menggunakan bola besar
Program yang dirasmikan oleh Dr. Haryaty ini sangat berguna dan membuka mata banyak pihak khususnya masyarakat setempat agar mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan sehari-hari. Selain menitikberatkan pengambilan makanan berkhasiat yang rendah lemak, masyarakat juga seharusnya perlu rajin membuat senaman ringan setiap hari bagi mendapatkan BMI ideal seterusnya bebas daripada penyakit yang boleh memendekkan usia.
Rata-rata peserta berpuas hati dengan khidmat yang diberikan dan dilihat berminat untuk terus mengadakan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun di pusat kesihatan berdekatan. Program berakhir kira-kira jam 12 tengah hari.

En. Shahrulnizam meneliti laporan kesihatannya

Pentas utama di SK Seri Laksana

Antara yang hadir; dari hadapan, Nora Zaini, Hairuhana, Ruhani Zakaria.

Sedang sibuk membuat latihan

Cik Suhaili, Juruteknik Komputer SMKDS (berdiri) bertindak sebagai fasilitator
Bengkel komputer dan internet siri 1 bagi guru dan kakitangan telah diadakan pada 24 November 2009 bertempat di Makmal ICT. Bengkel tersebut telah bermula kira-kira jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Antara tajuk yang dipelajari oleh para peserta ialah mengenali aplikasi email (gmail). Bengkel ini dibimbing oleh Puan Ayu Darlu, Guru Media SMKDS.
Seramai 15 guru dan kakitangan hadir pada sesi kali ini. Encik Othman Marin, kaunselor, telah bermurah hati untuk menyediakan kudapan sebaik sahaja bengkel tamat. Antara guru yang hadir ialah En. Salleh Mudri, En. Othman Marin, Puan Noraini Tusimin, En. Abd. Razak, Puan Saizah Abd. Rahman, Puan Hairuhana Kamari, Puan Nora Zaini, Puan Tusiah dan Puan Ruhani Zakaria. Manakala kakitangan yang hadir ialah Cik Ruzana Samad, Puan Norhayati, Puan Robiah Achir, Puan Zunaidah Harun, Puan Faziha dan Cik Noraini.
Biarpun ramai yang sudah mahir mengenai komputer dan internet namun bengkel seperti ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada yang masih memerlukannya. Semoga ia memberi manfaat kepada yang hadir.