Archive

Archive for the ‘Peperiksaan’ Category

Pelajar Terbaik STPM 2010

April 9, 2011 Leave a comment

Nur Farahin dengan anugerah Pelajar Terbaik STPM 2010

Nur Farahin di majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM Negeri Johor

Nur Farahin diapit oleh guru tingkatan enam; Puan Kartini Ahmad (kiri) dan Penyelaras tingkatan enam; Puan Zarina Ishak (kanan)

Nur Farahin Tumin muncul sebagai pelajar terbaik SMK dato’ Sulaiman bagi peperiksaan STPM 2010. Beliau memperolehi CGPA 4.0 bagi keseluruhan lima mata pelajaran yang diambilnya dalam peperiksaan tersebut.

Beliau bukan sekadar terbaik di sekolah ini bahkan muncul sebagai antara pelajar yang terbaik di negeri Johor.  Justeru itu beliau telah menerima anugerah sijil penghargaan Pelajar Cemerlang Negeri Johor Kategori Aliran Sastera daripada Tuan Haji Markom Bin Giran iaitu Pengarah Pelajaran Johor pada 21hb Februari 2011 bersamaan 18 Rabiul Awal 1432H.

Nur Farahin tidak lokek berkongsi resepi kejayaan beliau. Antaranya beliau memastikan akan mengulangkaji pelajaran lebih kurang 3 jam setiap hari walaupun tidak menentukan masa yang tetap. Kejayaan ini juga merupakan kejayaan kumpulan studinya yang sama-sama berdiskusi dengannya selama ini mengenai pelajaran. Beliau berpendapat bahawa menghormati  guru amat penting  di samping menyiapkan tugasan yang diberi oleh mereka.  Beliau suka menambah usahanya dengan beberapa ibadat seperti doa, solat dhuha dan membaca surah Al-Waqiah setiap hari.

Kejayaan yang tidak diduga itu telah menggembirakan ibu,  ayah dan keluarganya. Beliau amat bersyukur dengan kejayaannya serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, rakan, keluarga dan sekolah yang telah membantunya selama ini.

Anugerah Akademik PMR 2010

January 7, 2011 4 comments

Batu Pahat, 6 Januari 2011 – Satu majlis Anugerah Akademik PMR 2010 telah diadakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat pada hari ini bertempat di SMK Dato’ Syed Esa, Batu Pahat, Johor.

Untuk majlis ini, SMK Dato’ Sulaiman telah diwakili oleh Tuan Pengetua sendiri iaitu Encik Misli Rosbadi, Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Tuan Haji Razib Arpan dan semua Guru Kanan Mata Pelajaran yang terdiri daripada Puan Hajah Saemah Ariffin (GKMP Bahasa), Puan Kamarian Dali (GKMP Sains & Matematik), Puan Naijah Hashim (GKMP Teknik dan Vokasional) dan Encik Ismail Jais (GKMP Sains Sosial).

Piala Anugerah Akademik PMR 2010 yang dimenangi oleh SMK Dato' Sulaiman.

Pada majlis tersebut sekolah ini telah memperolehi 6 anugerah iaitu:

  1. Peningkatan Peratus Cemerlang Tertinggi  Sekolah Luar Bandar.
  2. Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran Tertinggi Bahasa Melayu.
  3. Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran Tertinggi Bahasa Inggeris.
  4. Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran Tertinggi Bahasa Cina.
  5. Peningkatan GPS  Tertinggi Sekolah Luar Bandar.
  6. Peningkatan Peratus Lulus, Peratus Cemerlang dan GPS.

Tuan PPD sendiri iaitu Tuan Haji Shapie bin Haji Md. Shariff  telah   menyampaikan kesemua anugerah tersebut kepada para penerima. Seluruh warga sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas anugerah tersebut yang disampaikan melalui Tuan Pengetua dan para perwakilan sekolah ini pada majlis tersebut.

Semoga anugerah ini akan menyuburkan lagi semangat memburu kejayaan dalam kalangan anak-anak didik sekolah ini.

Flaming enthusiasm, backed up by horse sense and persistence, is the quality that most frequently makes for success.
(Dale Carnegie)

PMR 2010 meledak!

January 5, 2011 8 comments

Oleh: Wartawan blog SMKDS

Parit Sulong, 23 Disember 2010 – “Aduh, sakitnya perut aku..”, “Sejukla pulak tapak tangan aku ni”, ” Ya Allah, kuatkanlah semangatku”. Begitulah dialog yang kerap didengar pada tanggal tarikh keramat di mana keputusan PMR yang dinanti selama beberapa bulan ini diumumkan.

Pagi-pagi lagi para pelajar tidak kurang ibubapa sudah berkumpul di perkarangan sekolah walaupun telah diberitahu keputusan hanya boleh diambil mulai jam 10 pagi. Masing-masing lengkap mengenakan pakaian rasmi sekolah hadir dengan pelbagai reaksi. Mereka berbual dan bertanya khabar sambil menunggu keputusan diumumkan. Di sebalik tawa riang mereka, tidak dapat disembunyikan wajah cemas yang tetap terlukis  kerana barangkali risaukan keputusan yang bakal dilihat di slip peperiksaan.

Benarlah orang kata, penantian itu satu penyiksaan. Akhirnya berkat kesabaran mereka, tepat jam 10.30 pagi, para pelajar mula beratur mengikut kelas masing-masing bagi mengambil slip peperiksaan dan sijil PEKA yang diagihkan oleh guru kelas masing-masing. Dan seperti kelaziman, ada yang tersenyum riang, melonjak kegembiraan malah ada yang mengalirkan air mata dan berpelukan bersama ibu tercinta sesudah membaca keputusan yang tercetak. Dapat dilihat juga ada yang terus memencilkan diri dan beredar daripada kelompok teman-teman yang sedang tertawa ria. Memberi ruang kepada diri sendiri untuk mencari kekuatan barangkali.

Alhamdulillah, keputusan PMR kali ini meledak lagi. Seramai 22 orang pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A, 17 orang memperolehi 7A 1B dan seramai 13 orang pula memperolehi 6A 2B.  Walaupun tidak dapat mengatasi atau sekurang-kurangnya menyamai catatan terbaik 25 orang 8A pada tahun 2007, peningkatan calon yang lulus meningkat dengan peratusan yang tinggi.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMKDS dan syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Menentukan kerana memberikan hadiah yang  menggembirakan ini. Sesungguhnya berkat kesungguhan dan tidak mengenal jemu serta sentisa GUYUP dalam menjalankan setiap program akhirnya berjaya membuahkan hasil yang enak sekali. Tahniah buat para pelajar dan semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kejayan ini.

Genius is one percent inspiration, ninety-nine percent perspiration. (Thomas Alva Edison)

[Kebijaksanaan dan kepakaran itu 99 peratus datangnya daripada  usaha yang gigih dan hanya satu peratus sahaja disebabkan oleh inspirasi.]

Demam peperiksaan bermula!

Oleh : Wartawan blog SMKDS

Batu Pahat, 18 Mei 2010 : Peperiksaan setengah tahun bermula pagi ini melibatkan para pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sulaiman. Peperiksaan yang dijalankan mengikut format peperiksaan sebenar antara lain bertujuan bagi membiasakan pelajar dengan situasi peperiksaan SPM. Unit Penilaian dan Peperiksaan merupakan orang yang paling sibuk pada pagi ini bagi memastikan proses berjalan dengan baik dan lancar.

Para pelajar Tingkatan 5 dilihat telah bersedia seawal pagi lagi. Blok Lestari yang menempatkan para pelajar Tingkatan 5 agak sunyi daripada suara-suara para pelajar. Para pelajar yang tidak mengambil peperiksan juga dilarang untuk berlegar-legar di sekitar blok Lestari. Semoga keadaan ini dapat memberikan suasana terbaik kepada para pelajar untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap kertas peperiksaan yang sedang dihadapi.

Bagi para pelajar  Tingkatan 4 pula, para pelajar akan memulakan peperiksaan pada hari Jumaat ini bersamaan 20 Mei 2010 seterusnya 27 Mei 2010 para pelajar menengah rendah yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 pula akan memulakan peperiksaan.

Semua guru sentiasa mendoakan para pelajar agar berusaha dengan sehabis baik kerana hasilnya nanti bakal memberikan kepuasan kepada para pelajar sendiri juga. Semoga peperiksaan yang dihadapi dapat menguji kemampuan sebenar pelajar melahirkan input yang selama ini telah dibekalkan oleh para guru.

Saya mahu berjaya, Sayalah yang perlu berusaha

Hari Terbuka Sekolah

Oleh: Wartawan Blog SMKDS

BATU PAHAT, 29 Januari : Kerjasama dan penglibatan antara guru dan ibubapa amat penting dalam memastikan kecemerlangan serta fokus pelajar berada tepat pada landasannya. Justeru, hari terbuka yang  diadakan saban tahun merupakan peluang terbesar untuk merapatkan hubungan para guru dan ibubapa. Pada hari Jumaat yang permai kali ini, para pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas bersama ibubapa mahupun penjaga masing-masing telah terlibat dalam hari terbuka.

Seawal jam 8 pagi, kenderaan ibubapa  mula membanjiri perkarangan luar sekolah. Ibubapa dan penjaga dengan diringi para pelajar menuju ke dewan sekolah di mana sesi pertemuan dan perbincangan berlangsung. Sudah menjadi kelaziman, riak ceria dan bangga jelas terpancar pada wajah para pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sebaliknya bagi pelajar yang kurang bernasib baik dalam peperiksaan akhir tahun 2009 diselubungi kesuraman dan perasaan berat hati untuk berjumpa para guru.

Para guru menjalankan tanggungjawab dengan efisien dan secara ikhlas memberikan dorongan, galakan serta teguran membina kepada para pelajar bagi menaikkan motivasi mereka sementelah masing-masing bakal menduduki peperiksaan awam yang dianggap besar dalam sistem persekolahan menengah di Malaysia iaitu PMR, SPM dan STPM.  Ibubapa juga dilihat profesional dan terbuka dalam setiap perbincangan kerana mereka sedar dan percaya segala laporan guru berlandaskan fakta dan atas satu matlamat iaitu memperbaiki atau setidak-tidaknya mempertahankan tahap akademik dan kualiti anak masing-masing.

Peratusan ibubapa yang hadir juga meningkat dan ini merupakan petanda baik bagi keseluruhan warga SMKDS. Pihak pentadbiran juga mengambil langkah bijak dengan memberi peringatan serta menahan rekod keputusan peperiksaan para pelajar yang tidak hadir bersama ibubapa.  Akhirnya, pada jam 12 tengahari guru-guru mula meninggalkan dewan.

Program yang antara lain bermatlamat untuk memaklumkan kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibu bapa serta bersama-sama bertindak progresif untuk memajukan potensi diri pelajar bagi mencapai tahap cemerlang serta menyediakan diri pelajar yang berpotensi untuk lulus cemerlang ke arah persediaan lebih kompetitif ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Pelbagai program kerjasama PIBG sedang giat dirancang bagi memastikan mutu pelajar yang lahir dari SMKDS tidak akan dipandang sebelah mata oleh masyarakat setempat khasnya dan masyarakat global amnya.

Peperiksaan Percubaan PMR

September 8, 2009 Leave a comment

Seramai 280 orang calon PMR sekolah ini telah menduduki peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang berlangsung mulai 17 Ogos hingga 21 Ogos 2009 yang lepas. Soalan-soalan peperiksaan adalah merupakan soalan setara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Calon 8A

Peperiksaan berkenaan telah dikendalikan sepenuhnya seperti peperiksaan sebenar untuk membiasakan calon dengan situasi peperiksaan yang akan diadakan serentak di seluruh negara mulai 7 Oktober hingga 13 Oktober depan.

IMG_0824

Keputusan peperiksaan berkenaan telah diumumkan kepada pelajar melalui papan info di sekolah.

Bilangan calon 280

Bilangan menguasai 88

Peratus menguasai 31.4 %

Bilangan cemerlang 2

Gred Purata Sekolah 3.39

Calon-calon cemerlang (8 A)

MUHAMMAD HADRI B. HUSSIN

MUHAMMAD HADRI B. HUSSIN

RABIATUL ADAWIYAH BT. OTHMAN

RABIATUL ADAWIYAH BT. OTHMAN

Calon 7A 1B

NUR ALIAH SU’AIDAH BT. SAABAN

NUR ALIAH SU’AIDAH BT. SAABAN

NUR ATIKAH BT. HASSIM

NUR ATIKAH BT. HASSIM

CALON 7A 1C

7A 1C Nurul Nadiah

NURUL NADIAH BT. MOHD. HASSAN

Semoga keputusan ini akan dapat memberi dorongan yang berterusan dan inspirasi kepada semua pelajar untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan.

Sumber berita: UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN, SMK Dato’ Sulaiman.

Categories: Makluman, Peperiksaan

Tarikh-Tarikh Peperiksaan

August 31, 2009 Leave a comment

Peperiksaan Sebenar:

PMR 7-13 Okt 2009
SPM 19 Nov – 16 Dis 2009
STPM 18 Nov – 10 Dis 2009

Peperiksaan Percubaan:
PMR 17-21 Ogos 2009
SPM 1-18 September 2009

Semoga semua calon SMKDS akan berjaya dengan cemerlang. Teruskan fokus dan usaha serta doa anda.

Categories: Makluman, Peperiksaan
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.