Archive

Archive for the ‘Pusat Sumber’ Category

Bengkel Penulisan Kreatif

January 24, 2014 Leave a comment

image

Satu kursus penulisan kreatif telah diadakan di sekolah ini pada 24 Januari 2014, bertempat di Bilik Gerakan II mulai jam 8.00 pagi.

Penganjur kursus ini iaitu Kelab Pusat Sumber dan Persatuan Bahasa Melayu amat berbesar hati menjemput seorang penulis tersohor untuk menjayakan kursus yang bermanfaat untuk bakal-bakal penulis junior ini.

image

image

Kursus ini telah disampaikan oleh seorang guru yang juga seorang ahli Persatuan Penulis Johor. Beliau ialah Pn. Rohaida binti Yon. Kursus ini dihadiri oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah ini.

Banyak pengisian yang diperolehi daripada kursus ini. Membaca dan menulis sangat berkait rapat. Seorang penulis yang baik banyak membaca, peka dengan persekitaran, memiliki daya pengamatan yang tajam dan mampu menyampaikan mesej dengan cara yang berkesan. Penulis juga mempunyai gaya penulisan yang berbeza. Namun begitu karya yang sedap dibaca ditulis oleh penulis yang berbakat.

Kursus ini telah berakhir dengan jayanya kira-kira jam 12.00 tengahari. Senyuman berbunga menguntum di bibir para peserta di akhir kursus ini sebagai tanda puas dapat meneguk sejuta ilmu bermanfaat dari penceramah. 

Jika ingin mencabar diri, soalan ini mungkin boleh ditanya dalam diri masing-masing; Siapakah nanti yang akan muncul dengan karya-karya kreatifnya sebagai aplikasi ilmu yang telah dipelajari? Kita tunggu dan lihat.

ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI JOHOR 2013

Oleh : Zalina Amat Rosman

Foto : Zalina Amat Rosman

Saudari Maizatul Azwa memenangi Johan bagi Kategori Jejak Maklumat bersama Pn. Hjh. Noriah binti Nasir, Pengetua SMKDS (kanan) dan guru pembimbing Pn. Zalina binti Amat Rosman (kiri).

Saudari Maizatul Azwa memenangi Johan bagi Kategori Jejak Maklumat bersama Pn. Hjh. Noriah binti Nasir, Pengetua SMKDS (kanan) dan guru pembimbing Pn. Zalina binti Amat Rosman (kiri).

JOHOR BAHRU, 28 Febuari 2013 – Majlis Anugerah NILAM 2013 peringkat negeri Johor telah berlangsung pada 26-28 Febuari 2013. Majlis ini diadakan bagi mengenal pasti dan mengiktiraf Tokoh NILAM untuk mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan. Seramai 40 orang peserta  dari 10 buah daerah di negeri Johor telah menyertai pertandingan tersebut. Masing-masing merupakan Tokoh NILAM setiap daerah yang diwakili.

Daam pertandingan tersebut, pelajar SMK Dato’ Sulaiman Maizatul Azwa binti Aznan telah mewakili daerah Batu Pahat bagi kategori Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Kaedah penilaian adalah secara lisan individu, lisan berkumpulan dan penulisan. Sepanjang tiga hari berkampung di Bahagian Teknologi Pendidikan  Negeri Johor (BTPNJ), calon-calon telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan mental, fizikal dan emosi mereka. Antaranya ialah taklimat ‘house keeping’, ‘ice-breaking’, penilaian individu dan kumpulan, penilaian bertulis, Jejak Maklumat dan Malam Bakat NILAM.

DSC05055 DSC05078

Alhamdulillah, pelajar SMKDS telah berjaya mendapat Hadiah Johan Acara Jejak Maklumat dan Malam Bakat NILAM. Sementara untuk Anugerah NILAM, pelajar kita berjaya mendapat hadiah saguhati. Namun, begitu, daerah Batu Pahat tetap berbangga kerana SK Peserai yang diwakili Adik Nurul Batrisyia binti Zaini Ariza berjaya menggondol Anugerah Tokoh NILAM Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Majlis diakhiri dengan upacara penutupan di Auditorium Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) pada 28 Febuari 2013. Majlis penutup telah dirasmikan oleh En. Mohd. Nahrawi bin Mohd. Ali, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPNJ selaku wakil rasmi Tuan Pengarah.

DSC05031 DSC05059 DSC05082 DSC05092 DSC05097 DSC05099

Anugerah bagi Pusat Sumber

October 3, 2011 Leave a comment

Oleh: Maizatul Farhana
Sepanjang tahun 2011, Pusat Sumber Sekolah khusus perpustakaan telah membuat penilaian kepada pengunjung setia dalam kalangan pelajar dan guru, juga kelas-kelas yang kerap mengunjungi perpustakaan.

Puan pengetua, Pn. Hjh Noriah binti Nasir telah dijemput untuk menyampaikan hadiah berupa sijil penghargaan bagi para pemenang.
Dua orang penerima Anugerah Peminjam Terbanyak tahun 2011 merupakan pelajar Tingkatan 3 iaitu Siti Norhanani binti Mohd Sidek dari 3 PMR 1 dan Ezahira binti Baharom dari 3 PMR2.

Bagi anugerah paling kerap mengunjungi perpustakaan kategori guru telah diberikan kepada En Mohd Jailani bin Asrah yang merupakan guru sidang petang.

Manakala anugerah paling kerap mengunjungi Perpustakaan kategori kelas disandang oleh kelas Tingkatan 2RK1. Untuk makluman, Pusat Sumber Sekolah kita telah menerima penarafan 5 bintang daripada Bahagian Teknologoi Pendidikan pada tahun ini.Pn Ayu binti Darlu, Guru Media dan Perpustakaan telah dijemput untuk menyampaikan sijil penarafan kepada Pn Pengetua kita, Pn Hjh Noriah binti Nasir.

Categories: Perpustakaan, Pusat Sumber

Keputusan Pertandingan Multimedia 2010

November 11, 2010 1 comment

Pertandingan membina bahan menggunakan Power Point dimenangi oleh:

  1. Johan: NURUL AZURA BINTI ABU SAMAH (1PMR4) Jom Pergi Zoo
  2. Naib Johan: FATIN IZZATY BINTI YUSOF (1RK1) Diri Saya
  3. Ke-tiga: NAYLI ATIQAH BT. HJ. MOHD. YUNOS (1PMR1) Keluargaku
  4. saguhati: MOHD NORHAN BIN MOHD SEDEK (2PMR1) Negaraku Malaysia
  5. saguhati: NUR AMIRA ELYANIE BTE SARMAN (2RK1) Permainan Tradisional
  6. saguhati: SITI NURHAFIZAH SHAMSUDIN (2PMR1) Permainan Tradisional
  7. saguhati: NOR FARAIZZATI BT MAZLAN (2RK1) Peace No War
  8. saguhati: NURUMAIRAH BTE MOHD KATIMIN  (1PMR4) Bunga Yang Saya Suka
  9. saguhati: EZZAH SUHANA BINTI SEMAN (2RK2) Myself

Pertandingan Movie Video:

  1. Johan: RAJA FARAH NAJIHA BINTI RAJA IBRAHIM (2PMR2) Memori Tercipta
  2. Naib Johan: SYAHNAZ AD-DIN NAQUIB B. SHUHAIMI (2RK1) Crew of 1RK1 2009

Pertandingan “The Cutest Blog”

  1. Johan: IQBAL HANIS BIN BASTANI  (6B2)  http://livelovelaughstory.blogspot.com/
  2. Naib Johan: ANIS FATIHAH BINTI MAHFODZ @ MAHFOD (3RK1)  http://ans-fthh.blogspot.com
  3. Ke-tiga: MUHAMMAD HAZWAN BIN SHAMSUDDIN (3RK1)  http://hazwankeribo.blogspot.com/
  4. saguhati: FARAH FARHANA BINTI ISMAIL (3RK1) http://ayumitakeuchi.blogspot.com/
  5. saguhati: MUHAMMAD KAMAL HAFIZ BIN AHMED KAMAL KHAIRON (2 RK1) http://www.hafiz-kamal.blogspot.com
  6. saguhati: EZZAH SOFFIA BINTI SEMAN (5SPM1) http://lifeofagreatdreamer.tumblr.com/
  7. saguhati: NOR FARAIZZATI BT MAZLAN (2RK1) http://www.faraizati.blogspot.com/
  8. saguhati: LAILATUL SYUHADA BT KAMAL (2RK1) http://lailatul24.blogspot.com/
  9. saguhati: SITI NUR AFIQAH BINTI ZAIDI (2RK1) blogakue.blogspot.com

Pemenang Blog Guru/Staf:

  1. Johan: TUSIAH RUKIMAN http://guruveteran.blogspot.com
  2. Naib Johan: NORAINI MOHD.ARIPIN http://mutiarahatiee.blogspot.com/
  3. Ke-Tiga: MOHD. HAILMY JOMAAT http://cheeguskolah.blogspot.com

Cikgu Azizul Rahman Bersara

November 10, 2010 4 comments

 

Encik Azizul Rahman merupakan seorang guru pakar Bahasa Melayu yang telah berkhidmat lebih  30 tahun lamanya dalam arena perguruan. Lonjakan saujananya sebagai guru cemerlang bermula di sekolah ini apabila beliau mempelopori  MDK (Majalah Dalam Kelas) pada tahun1987.

Prestasinya terus meningkat sehingga akhirnya beliau mampu meletakkan dirinya sebagai guru cemerlang JUSA C, kumpulan guru yang pertama dilantik di Malaysia. Beliau pernah belajar, berkhidmat dan istimewanya beliau juga bersara di sekolah tempat jatuh lagi dikenang ini. SMK Dato’ Sulaiman dengan sukacitanya meraikan persaraan beliau pada hari Khamis, 23  September 2010, lima hari sebelum tarikh sebenar persaraannya iaitu 28 September 2010 disebabkan beliau tiada di sekolah pada tarikh tersebut.

Cikgu Azizul sewaktu menyaksikan galeri yang diwujudkan sempena mengenang jasa dan ketokohan beliau.

 

Galeri Tokoh Guru Cemerlang Encik Azizul Rahman Abdul Rahman

Cikgu Azizul sedang menandatangani 'plague' peringatan di galeri tokoh

Sebagai merakamkan kenangan dan penghargaan dari pihak sekolah,  sebuah galeri tokoh guru

cemerlang telah disiapkan demi mengenang jasa dan ketokohan beliau. Galeri tersebut ditempatkan di bagunan perpustakaan sekolah dan ia menjadi elemen yang penting sebagai sumber rujukan  yang melengkapi Pusat Sumber Sekolah ini.

Lambaian seorang tokoh guru di hari persaraannya

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai diri, ketokohan dan kerjaya beliau, sila saksikan paparan video di atas.

Harimau pergi meninggalkan belang, manusia pergi meninggalkan nama. Benih yang baik tercampak ke darat menjadi pohon, tercampak ke laut menjadi pulau.

Pertandingan Multimedia 2010 (Syarat Penyertaan)

May 5, 2010 Leave a comment

Pertandingan-pertandingan ini hanya dibuka untuk warga SMK Dato’ Sulaiman sahaja.  Syarat-syarat penyertaan  adalah seperti berikut:

PERTANDINGAN MEMBINA BAHAN MENGGUNAKAN

PERISIAN POWER POINT

Syarat Penyertaan:

  1. Terbuka kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 sahaja.
  2. Boleh menggunakan perisian Power Point 2003 atau 2007.
  3. Nama, tingkatan dan tajuk ditulis di slide pertama.
  4. Minimum 10 slide dan maksimum 15 slide.
  5. Karya mestilah asli dan ciptaan sendiri. Sekiranya didapati karya mengandungi unsur ciplak maka penyertaan akan dibatalkan.
  6. Kandungan bahan boleh dipilih meliputi aspek seperti berikut:
    1. bahan pelajaran
    2. tentang diri sendiri
    3. bebas (bersyarat; kemukakan tajuk kepada panel terlebih dahulu).
  7. Penilaian berdasarkan kebijaksanaan menggunakan tool-tool power point dengan mengambil kira kekemasan, kesesuaian dan daya kreativiti.
  8. Elemen-elemen lain seperti gambar, video, muzik, audio dan lain-lain yang bersesuaian boleh dimasukkan.
  9. Masa persembahan tidak melebihi 10 minit.
  10. Persembahan dihantar dalam bentuk CD kepada panel penilai dan email kepada ayudarlu@gmail.com dengan menulis subjek/perkara; “Pertandingan Power Point 2010”.
  11. Persembahan hendaklah dihantar sebelum 15 Jun 2010.

PERTANDINGAN “CUTEST BLOG”

Syarat Penyertaan:

  1. Pertandingan membina blog dibahagikan kepada 2 kategori:
  1. I.      Pelajar
  2. II.      Guru dan Staf
  1. Blog boleh dibina dengan blogspot, wordpress, eweb dan lain-lain.
  2. Memohon nasihat, cadangan dan tunjuk ajar untuk membina blog dibenarkan  TETAPI Blog mestilah HASIL CIPTA SENDIRI.
  3. Blog yang dipertandingkan mestilah dihantar alamatnya  (URL blog: http://……………………..) kepada Puan Ayu Darlu di ayudarlu@gmail.com dengan menulis subjek/perkara; “Pertandingan Cutest Blog 2010”. Maklumat berikut mestilah dituliskan sekali:
    1. Nama:
    2. Nombor Kad Pengenalan:
    3. Kategori:
    4. Tingkatan:
  4. Penilaian akan dibuat antara 18-20 Jun 2010 secara online.
  5. Keputusan panel penilai adalah muktamad.

PERTANDINGAN MEMBINA WINDOWS MOVIE VIDEO (WMV)

Syarat Penyertaan:

  1. Pertandingan WMV ini terbuka kepada semua warga sekolah sama ada para pelajar, guru-guru atau staf bukan guru.
  2. Tajuk ditulis di slide pertama.
  3. Nama Fotografer dan nama Sinematografer ditulis di slide kedua akhir. Boleh menggunakan nama kreatif.
  4. Slide terakhir hendaklah ditulis “SMK Dato’ Sulaiman Dalam Kenangan”.
  5. Kandungan bahan merupakan gambar-gambar (still picture) atau video (movie) mengenai peristiwa sekolah, aktiviti kelab, persatuan, badan beruniform dan lain-lain aktiviti di sekolah.
  6. Pastikan hanya foto, grafik dan video yang sesuai dan sopan sahaja yang dimasukkan. Gambar-gambar candid boleh dimasukkan jika menepati kesesuaian, kesopanan dan kewajaran.
  7. Gaya persembahan adalah bebas. Namun, unsur-unsur tambahan seperti teks, effect, bunyi, suara latar (voice over) pergerakan  dan lain-lain yang bersesuaian dan diolah secara kreatif  akan meningkatkan kualiti persembahan.
  8. Setiap persembahan mestilah tidak melebihi 8 minit.
  9. Karya mestilah asli dan ciptaan sendiri. Sekiranya didapati karya mengandungi unsur ciplak maka penyertaan akan dibatalkan.
  10. Hasil karya hendaklah dihantar kepada panel penilai sebelum 20 Jun 2010.
  11. WMV yang menang dan sesuai akan dimasukkan dalam blog sekolah http://smkdatosulaiman.wordpress.com

Segala kemusykilan berkaitan ketiga-tiga pertandingan di atas hendaklah dirujuk kepada panel penilai  atau berhubung terus dengan      Puan Ayu Darlu    (019-7665507 / ayudarlu@gmail.com dengan dituliskan subjek/perkara; “Pertandingan 2010”.

Teknologi menjadikan imaginasi satu realiti.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 686 other followers