Pentadbiran
Pentadbir SMK Dato’ Sulaiman dibarisi oleh kumpulan G9 yang terdiri daripada:
PENGETUA : HAJAH NORIAH BINTI NASIR
.

GPK 1 : TN.HJ.RAZIB BIN ARPAN
GPK HEM : TN.HJ.NAZLAN BIN BASAR
.

GPK KOKO : EN.AB.ZAYIN BIN ABDULLAH
.

GPK T6 : PN.ZARINA BINTI ISHAK
.

GPK PEND.KHAS : PN.NORAINI BINTI MANAP
.

GPK PETANG : TN.HJ.MOHD MALACK BIN MUHD.SAID
.
KETUA BIDANG BAHASA
HAJAH SAEMAH BINTI ARIFFIN
KETUA BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL
HAJAH NAIJAH BINTI HASHIM
KETUA BIDANG SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TN.HJ.OTHMAN BIN KARIM
KETUA BIDANG SAINS DAN MATEMATIK
PN.KAMARIAH BINTI MOHD DALI
Matlamat Sekolah
- Memberi pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan berkualiti kepada semua warga sekolah ke arah teknologi maklumat.
- Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan serta sejahtera di dunia dan akhirat.
- Memberi peluang kepada setiap individu mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan kokurikulum.
- Melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.
Objektif Sekolah
- Sentiasa mempertingkatkan dan mengekalkan pencapaian pelajar dalam semua peperiksaan dari segi kuantiti dan kualiti.
- Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam bidang kokurikulum dan menjuarai pertandingan-pertandingan pada semua peringkat.
- Mewujudkan suasana persekitaran yang selamat, bersih, ceria dan selesa untuk menyuburkan semangat kecintaan terhadap sekolah.
- Pelajar mendapat pendedahan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman demi kepentingan agama, masyarakat dan negara.
- Sentiasa dapat menjadi budaya muafakat, rukun dan sepakat selaras dengan motto ‘GUYUP’, menghadapi pelbagai situasi dalam kalangan warga SMK Dato’ Sulaiman dan masyarakat.
Piagam Sekolah
- Memberi layanan yang mesra, ikhlas, cekap dan cepat dengan senyuman kepada setiap pelanggan.
- Memastikan setiap pelajar mendapat tempat belajar yang kondusif.
- Sentiasa berusaha melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, ko-kurikulum, berdisiplin dan berakhlak mulia.
- Memastikan 100% pelajar celik huruf di Tingkatan 1.
- Menentukan setiap guru dan kakitangan berkhidmat dengan dedikasi, cekap dan berkesan dalam suasana ‘GUYUP’.
- Sentiasa bersedia menerima pendapat dan teguran yang membina demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah.
Fokus Sekolah
1. AKADEMIK
1.1 PMR
- 70% calon sekurang-kurangnya menguasai D dalam semua mata pelajarannya.
- 10 calon cemerlang sekurang-kurangnya 8A.
- Gred Purata Sekolah (GPS) – 3
1.2 SPM
- 100 % pelajar layak mendapat sijil (Sekurang-kurangnya lulus BM)
- 10% mendapat 7A – 10A
1.3 STPM
- 100% pelajar lulus.
- 10 pelajar mendapat 4P.
- 3 orang pelajar mendapat 4PA.
2. KOKURIKULUM
2.1 Olahraga MSSD 8 Emas, 3 terbaik daerah.
2.2 Permainan / Persatuan di peringkat Daerah.
- 2 Johan (sukan), 2 Johan (Koko Akademik)
- Tempat ke 3 dalam pertandingan yang disertai.
- 1 Johan dan mewakili Negeri ke peringkat kebangsaan.
3. DISIPLIN
3.1 Kadar ponteng 2%
3.2 Kes Vandalisme 0%
3.3 Kes Disiplin Berat 0%





