Pesta Pantun Peringkat Negeri Johor : SMKDS Raih Tempat Ketiga Mewakili Daerah Batu Pahat

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Rosmawati Abdul Aziz

850325739_98859

Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Johor telah berlangsung di SMK Taman Damansara Alif, Johor Bahru pada 6, 7 dan 8 April 2015 yang lalu. Pasukan pantun SMK Dato’ Sulaiman yang telah mendapat Johan di peringkat daerah telah mewakili Daerah Batu Pahat dalam pesta pantun tersebut. Setelah lebih 15 tahun tidak berjaya mendapat tempat, tahun 2015 nyata memberi tuah yang bukan sedikit kepada pasukan pantun SMKDS apabila berjaya melangkah ke separuh akhir dan seterusnya berjaya meraih tempat ketiga.

850515606_11318

Menampilkan wajah-wajah sama di peringkat daerah, pasukan pantun ini telah mendapat bimbingan oleh Pn. Hjh. Rosmawati binti Abdul Aziz. Pn. Zalina binti Amat Rosman beserta wakil PPD turut mengiringi pasukan SMKDS dalam pertandingan tersebut. Segunung tahniah diucapkan kepada pasukan pantun SMKDS dan guru-guru yang terlibat kerana telah berjaya melakar sejarah menempatkan diri dalam kalangan 3 pasukan teratas Pesta Pantun Peringkat Negeri bagi tahun 2015. Semoga tahun hadapan akan membawa perkhabaran yang lebih indah lagi. InsyaAllah.

850325286_104790

Categories: Peristiwa

Festival Nasyid Daerah Batu Pahat : Kumpulan Nasyid Al -Haqque SMKDS Sandang Tempat Ketiga

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Khir Md Amin

850325516_104493

Pada 15 April 2015 yang lalu SMK Dato’ Sulaiman telah menjadi tuan rumah Festival Nasyid Sekolah-sekolah Menengah Daerah Batu Pahat. SMKDS diwakili oleh sekumpulan pelajar lelaki Tingkatan 3 dan 4 yang menggelarkan diri mereka Al-Haqque telah berjaya merebut tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Al-Haqque yang telah mendapat bimbingan daripada Ustaz Khir bin Md Amin membawakan lagu bertajuk ‘ Al-Quran Kalamullah’ dalam acara yang berakhir kira-kira jam 3 petang itu. Kumpulan Al-Haqque terdiri daripada :

  • Muhammad Nurariffin bin Othman
  • Muhammad Khairul Iman bin Abd Rahman
  • Muhammad Irfan bin Md Nordin
  • Hamizun bin Hamzah
  • Muhammad Aiman bin Azizan
  • Muhammad Syafiq bin Mohd Fadzil
  • Mohd Amin bin Mohd Ali
  • Khairul Zharif bin Ismail

850513045_10701 850519155_9919

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang dan seluruh jawatankuasa majlis yang terlibat menganjurkan festival nasyid peringkat daerah ini. Berikut adalah senarai keputusan pertandingan :

  • Johan : SMK Dato’ Syed Esa
  • Naib Johan : SMA Parit Sulong
  • Ketiga : SMK Dato’ Sulaiman

850325219_104578 850515434_10916

Categories: Peristiwa

Perkhemahan Pengakap Agonoree Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Azilah Musa

850518517_2212

Perkhemahan Pengakap Agonoore Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor telah diadakan di Kem PLKN Sekakap, Mersing pada 29 Mac sehingga 2 April 2015 yang lalu. 2 orang pelajar Pendidikan Khas SMK Dato’ Sulaiman, Siti Salwa binti Ismail dan Siti Aisah binti Jailani bersama seorang guru pengiring, Cik Nor Azila binti Musa telah menyertai perkhemahan tersebut.

850324894_96780 850512643_3166 850513259_3009 850514880_3096 850515294_3001 850515435_2995

Categories: Peristiwa

Pelajar Pra-U Sertai Ceramah Motivasi : Menuntut Ilmu Satu Ibadat

April 14, 2015 2 comments

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Rohaizah Ali

850518909_2787

Pada 6 April 2015 yang lalu pelajar-pelajar Pra-U telah menyertai program motivasi bertajuk Menuntut Ilmu Satu Ibadat. Program motivasi tersebut telah diadakan di Astana Ma’wa bermula jam 8 pagi hingga 4 petang. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Dr. Noor Azah binti Samsudin, Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dari UTHM.

850325024_96627 850325723_97321 850514895_3346 850514970_3364

850325748_97884       850514257_3435       850515432_3269

Categories: Peristiwa

Kejohanan Sukan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Johor : Atlet SMKDS Tuai 8 Emas

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Azilah Musa

850515283_3070

Kejayaan adalah milik mereka yang mahukan kejayaan.

We don’t have to listen too much to people who tell us we can’t do something.

Kejohanan Sukan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor telah berlangsung pada 13, 14 dan 15 Mac 2015 yang lalu bertempat di SM Sains Sembrong, Kluang, Johor. Atlet SMKDS telah berjaya membawa pulang 8 Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa. Setinggi tahniah diucapkan kepada keseluruhan pasukan kerana telah membawa kejayaan yang besar kepada SMKDS dan Daerah Batu Pahat khususnya. Pelajar-pelajar ini telah diiring oleh Cik Nor Azila binti Musa.  Berikut adalah senarai pingat dan para pemenang :

  • Shahrol Nizam bin Omar : 5 Emas – (100m, 200m , 400m, 4 x 100m, 4 x 400m)
  • Mohamad Amerul Azmee bin Nurslani : 2 Emas – ( 4 x 100m, 4 x 400m)  dan 1 Perak – (200m)
  • Amy Farahin bin Abdullah : 1 Emas – (Lompat Jauh) dan 1 Perak – (4 x 100m)
  • Nur Aslinda binti Nor Hassan : 1 Perak – (4 x 100m) dan 1 Gangsa- (Lompat Tinggi)

850324376_96879  850518878_2361   850514869_2915  850518776_2101

Categories: Peristiwa

Hari Anugerah Kecemerlangan 2014

Oleh : Mohd Nor Adnan

Foto : Mohd Nor Adnan

DSC_0107 DSC_0103

Pihak sekolah bersama Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SMK Dato’ Sulaiman telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2014 pada Hari Sabtu, 4 April 2015 bertempat di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman. Majlis ini diadakan bersama dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38.

Seramai 129 orang pelajar telah menerima piala dan Sijil Kecemerlangan masing-masing yang diperolehi sepanjang tahun 2014 sama ada di dalam bidang kurikulum atau kokurikulum. Dua orang jurulatih sekolah, melalui program KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) juga telah dianugerahkan dengan Anugerah Jurulatih Cemerlang. Mereka ialah jurulatih silat dan taekwan-do.

Pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM, selain menerima sijil dan piala, mereka juga dianugerahi hadiah berbentuk wang tunai sumbangan PIBG SMK Dato’ Sulaiman.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Dr. Roslinda binti Jaafar, seorang Pakar Perubatan yang bertugas di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh, Pahang. Beliau merupakan bekas pelajar sekolah ini (1991 – 1995). Beliau adalah merupakan seorang pakar di bidang Patalogi (Mikrobiologist Klinikal) dan bercita-cita melanjutkan pelajarannya di dalam bidang  sub-kepakaran Bakterialogi. Anak kelahiran Kg. Parit Gantong ini juga merupakan seorang atlet sekolah sewaktu menjadi pelajar di sekolah ini. Beliau pernah menjadi Johan acara Merentas Desa 3000 m dan mewakili daerah Batu Pahat ke peringkat MSSJ pada tahun 1995.

850324091_96555 850324588_95869

Categories: Peristiwa

Pertandingan Semarak Islam Daerah Batu Pahat : Pelajar Pendidikan Khas Turut Cemerlang, Kedua Tilawah dan Ketiga Hafazan

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Yatim Sekak, Maslila Taslim

850519002_2376

Pada 11 Mac 2015 yang lalu, Pertandingan Semarak Islam Peringkat Daerah Batu Pahat telah diadakan di SMK Yong Peng. Pertandingan ini merupakan acara tahunan bagi pelajar-pelajar pendidikan khas. Peserta-peserta SMKDS telah diiring oleh Tn. Hj. Mohd Yatim bin Sekak dan Pn. Maslila binti Taslim. Peserta SMKDS telah berjaya memenangi tempat kedua kategori Tilawah Al-Quran dan tempat ketiga kategori Hafazan Al-Quran. Tahniah diucapkan. Berikut adalah senarai pemenang :

  • Mohd Zikri bin Zakaria – Kedua Tilawah Al-Quran
  • Mohammad Ariff bin Mohammad Johani – Ketiga Hafazan Al-Quran

850324887_96238

Categories: Peristiwa
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 696 other followers