Home > Ko-Kurikulum, Peristiwa > Pertandingan Pidato Pra-U

Pertandingan Pidato Pra-U

pidato

Handika Wira Mohd. Fauzir, pemidato dari SMK Dato' Sulaiman memenangi pertandingan pidato Pra-U bertemakan 'pencegahan rasuah'.

Pada 13 Ogos 2009 yang lalu, Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman telah menjadi saksi kepada pertandingan pidato yang bertemakan ‘pencegahan rasuah’ bagi pelajar-pelajar Pra Universiti daerah Batu Pahat.

Pertandingan pidato tersebut telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan tujuan untuk menanamkan semangat dan nilai murni anti rasuah sempena sambutan Bulan Bahasa dan sastera Negara yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ia disertai oleh 16 buah sekolah bagi pidato bahasa Melayu manakala pidato bahasa Inggeris disertai oleh 12 buah sekolah menengah daerah Batu Pahat.

Antara tajuk-tajuk yang dibahaskan bagi zon selatan ialah:

1. Bersama Kita Hapuskan Rasuah.

2. Negara makmur Tanpa Rasuah.

3. Rasuah Dihina Maruah Dibina.

4. Modal Insan Hidup bebas Tanpa Rasuah.

Dalam pertandingan tersebut peserta dari sekolah tuan rumah iaitu Handika Wira Mohd. Fauzir telah menjuarai pidato bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris pula dimenangi oleh Lee Sin Ee dari SMK Munshi Sulaiman.

Johan bagi kedua-dua kategori akan maju ke peringkat negeri pada 29  hingga 30 September 2009 di Hotel Goodhope, Johor Bahru. Tahniah kepada para pemenang. Selamat maju jaya.

Sumber berita: Rosmawati Abdul Aziz.

Categories: Ko-Kurikulum, Peristiwa
  1. nur ain natasya razib
    November 17, 2009 at 11:22 am

    pelajar-pelajar smk dato sulaiman mempunyai potensi dan harapan untuk berjaya dalam segi akademi mahupun kokurikulum..usaha perlu ditingkatkan dan jangan mudah putus asa untuk mencapai kejayaan.semoga smk dato sulaiman tersenarai dalam sekolah cemerlang…good luck.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: