Home > Makluman > Jamuan Pendidikan Khas & Kelab Reka Cipta

Jamuan Pendidikan Khas & Kelab Reka Cipta

Biasanya jamuan akhir tahun menjadi agenda penutup sebelum menjelangnya cuti sekolah. Justeru beberapa unit di sekolah ini sudah sedia menutup tirai aktiviti tahunannya dengan jamuan akhir tahun. Antaranya ialah jamuan akhir tahun Pendidikan Khas dan jamuan akhir tahun kelab Reka Cipta yang diadakan pada 4 November 2009.

Setiap tahun Pendidikan Khas memang pemurah dengan jamuan akhir tahunnya yang melibatkan jemputan semua guru dan staf sekolah ini tidak kira sesi pagi atau petang.  Pada jamuan kali ini hidangannya amat menyelerakan. Antaranya ialah nasi kerabu, sup kambing, rojak dan pelbagai juadah yang kesemuanya membangkitkan selera. Guru-guru dan pembantu Pendidikan Khas yang diketuai oleh Encik Ghani Madon bergotong royong menyediakannya demi memeriahkan majlis. Tuan Pengetua, En Misli Rosbadi telah berkenan menyampaikan beberapa hadiah kejohanan yang dimenangi oleh para pelajar Pendidikan Khas.

Kelab Reka Cipta yang diketuai oleh En. Ab Zayin Abdullah juga telah mengadakan jamuan akhir tahun pada hari yang sama tetapi masa yang berbeza iaitu kira-kira jam 1.30  tengahari. Kehadiran melibatkan semua pentadbir, guru-guru jemputan dan semua pelajar kelab Reka Cipta yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian beberapa anugerah untuk pelajar-pelajar kelab berkenaan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua.

Kedua-dua jamuan ini hakikatnya menampakkan keperihatinan unit atau kelab terhadap kebajikan dan keperluan para ahli yang dinaunginya. Dengan penghargaan dan keraian sebegini yang diadakan setahun sekali akan menambahkan lagi keyakinan para pelajar atau ahli-ahli terhadap unit dan kelab yang disertainya sepanjang tahun.

Categories: Makluman
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: