Home > Kurikulum, Sains & Matematik > Bengkel Matematik SPM

Bengkel Matematik SPM

Cikgu Halim sedang tekun membimbing pelajar

Cikgu Juwita, guru Sains yang bijak Matematik turut membantu menjayakan bengkel Matematik SPM.

Pn Rodziah, Pn Norhasi’in (Ketua Panitia) dan Pn Ang, gandingan mantap tenaga pengajar matematik tingkatan 5, 2009. Cik Nurul Huda bakal(kanan) mengganti Pn Ang yang akan berpindah mulai 2010.

Saat-saat akhir Cikgu Ang di SMKDS sebelum bertukar ke SMK St Andrew, Muar.

Tiada peperiksaan SPM untuk semua calon SPM,  SMKDS hari ini (Jumaat, 20 November 2009). Dengan itu Panitia Matematik SMKDS mengambil peluang mengadakan bengkel Matematik untuk semua pelajar bagi memperkukuhkan lagi persediaan calon dalam menghadapi Kertas Matematik pada hari Isnin, 23 November minggu depan.

Sambutan adalah di luar jangkaan, 80% pelajar hadir dan nampaknya, mereka begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh serta aktif dalam perbincangan menyelesaikan masalah. Terima kasih kepada semua guru Matematik SMKDS kerana begitu komited dan sentiasa memberi kerjasama apabila diperlukan. Bengkel ini dikendalikan oleh Pn Norhasi’in, Pn Ang dan Pn Rodziah yang merupakan tenaga pengajar Tingkatan 5, dibantu dengan rela hati oleh Pn Juwita, Cik Nurul Huda dan En Abd Halim.

Akhir kata, selain iringan doa dari semua, semoga usaha terakhir ini akan merealisasikan kecemerlangan  menjadi milik SMKDS!

Sumber berita: Siti Rodziah Zain

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: