Home > Peristiwa > Persaraan Puan Normah Sailan

Persaraan Puan Normah Sailan

Puan Normah menyampaikan ucapan pertama dan terakhirnya sebelum bersara.

Pada 25 Januari 2010, satu majlis persaraan telah diadakan beserta dengan perhimpunan mingguan. Majlis tersebut adalah bagi meraikan persaraan seorang kakitangan sekolah ini yang telah banyak berjasa dan berkhidmat khususnya sebagai kakitangan sekolah ini dan sebagai kakitangan awam amnya.

Beliau ialah Puan Hajah Normah Sailan yang bakal menamatkan perkhidmatannya hampir 30 tahun pada 1 Februari 2010 akan datang ini. Pernah berkhidmat sebagai tukang masak pendidikan di Sekolah Tun Aminah Batu Pahat selama 15 tahun sebelum bertukar perkhidmatan sebagai pembantu am pejabat di SMK Dato’ Sulaiman selama lebih kurang 14 tahun.

Puan Normah sedang menerima cenderamata daripada wakil pelajar.

Beliau seorang yang tegas dan sangat berdisiplin dalam kerjayanya. Selain itu, beliau telah berjaya mendidik keenam-enam orang anaknya memperolehi kedudukan yang baik dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan masing-masing.

Seorang daripadanya bertugas sebagai  pegawai tadbir, dua orang pensyarah, dua menjadi guru dan seorang masih menuntut di universiti. Berkongsi hidup dengan Encik Mohd. Jaya Jalal yang juga bekas kakitangan awam, beliau kini akan berkongsi usia persaraan dengan suami yang dikasihi.

Semua warga sekolah khususnya mengucapkan selamat bersara kepada Puan Hajah Normah. Khidmnat baktimu sentiasa di ingatan.  Semoga persaraan ini akan lebih bererti buat Puan Normah.

The money’s no better in retirement but the hours are!

Sometimes it’s important to work for that pot of gold.  But other times it’s essential to take time off and to make sure that your most important decision in the day simply consists of choosing which color to slide down on the rainbow.  ~Douglas Pagels, These Are the Gifts I’d Like to Give to You

Categories: Peristiwa
  1. Razif Manan
    January 27, 2010 at 11:44 pm

    Salam,

    Lihat Laman Web ni….masih ingat pernah belajar di Sekolah ini masa zaman Hj. Daud Ibrahim…lama dah…Memang banyak perubahan. Apa-apa pun tahniah kepada wargakerja sekolah…anda memang hebat

  2. February 2, 2010 at 2:04 pm

    Razif Manan,
    Terima kasih kerana sudi singgah ke laman nostalgia (bagi bekas-bekas pelajar) ini dan sudi pula mencoret sesuatu. Semoga kejayaan Razif menjadi contoh kepada para pelajar yang masih berjuang di sini.

  3. Muhammad Raef
    February 28, 2010 at 6:18 pm

    Assalamualaikum,
    Ada baiknya sesekali SMKDS menjemput bekas pelajarnya yang berjaya untuk menyampaikan ceramah sebagai pembakar semangat kepada para pelajar. Satu contoh ialah Assoc. Prof Dr Oteh Maskon (1979-1983) pakar jantung yang pernah belajar di Royal College of Surgeon, Ireland yang baru kembali ke tanah air 2/3 tahun lalu dan kini bertugas di HUKM , Kuala Lumpur. Satu lagi ialah En Ismail Upawi (1977-1982) , yang kini bertugas sebagai pendidik di UKM, Bangi. Walaupun seorang OKU (diserang angin ahmar ketika di tingkatan 4) beliau seorang yang berjaya didalam bidang yang diceburinya (akauntansi). Sekian terima kasih

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: