Home > Peristiwa > Keceriaan Kelas

Keceriaan Kelas

Mengelap tingkap menjadi satu kemestian bagi setiap kelasOleh: Wartawan Blog SMKDS

BATU PAHAT, 9 Januari : Matlamat menjadikan bilik darjah sebagai rumah kedua para pelajar bermula pagi ini melibatkan semua pelajar daripada Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6. Menghabiskan hampir 7 jam sehari selama 7 hari berturut-turut bukanlah suatu tempoh yang singkat untuk dilalui oleh para pelajar. Justeru, pihak sekolah mengambil langkah bijak dengan memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat penambahbaikan terhadap bilik darjah masing-masing.

Aktiviti membersih dan menghias bilik darjah yang telah bermula seawal jam 8 pagi itu turut melibatkan guru-guru tingkatan yang sama memainkan peranan penting dalam membantu melancarkan lagi perjalanan program. Terdapat guru-guru yang hadir dengan membawa peralatan sendiri tidak kurang juga para pelajar yang turut bersemangat mengindahkan lagi kawasan bilik darjah mereka.

Struktur kelas di SMK Dato Sulaiman yang mengamalkan konsep ‘perkongsian’ juga menambahkan lagi kemeriahan program. Blok Lestari menempatkan kelas-kelas Tingkatan 4 bagi sesi pagi manakala sesi sebelah petangnya dikongsi bersama kelas-kelas Tingkatan 2 dan Tingkatan 1. Bagi blok Dedikasi pula, sesi paginya dihuni oleh pelajar-pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) manakala sebelah petang dikongsi bersama kelas-kelas Tingkatan 2 yang lain.

Sepakat mengecat dinding kelas

Budaya ‘GUYUP’ yang dicetuskan Tuan Pengetua terus diguna pakai oleh keseluruhan warga sekolah dan ini diterjemahkan dengan para pelajar tidak mengira umur, tahap kecerdasan mahupun latar belakang sosio ekonominya bersatu hati serta berpadu tenaga demi memastikan bilik darjah masing-masing dikemas bersih siap dengan tatarias yang menarik. Seboleh mungkin para pelajar cuba membawa konsep baru dan unik dalam susun atur segala maklumat di kelas mereka.

Aktiviti yang memakan masa selama lebih kurang 4 jam ini berakhir pada jam 12 tengahari. Rata-rata berpuas hati dengan komitmen yang diberikan dan walaupun terdapat sebilangan kecil yang tidak menghadirkan diri, itu tidak melemahkan semangat mereka yang hadir. Benarlah kata orang, apabila bersatu hati, semua kerja akan menjadi.

Categories: Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: