Home > Ko-Kurikulum > Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah

Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah

BATU PAHAT 25 Februari:  Kejohanan olahraga peringkat sekolah telah diadakan  pada hari ini bertempat di padang SMK Dato’ Sulaiman.  Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh pelbagai kelab, persatuan, pasukan beruniform dan rumah-rumah pasukan.  Menerima tabik hormat ialah  Encik Zulkurnain bin Kamisan, seorang bekas pelajar sekolah ini yang telah berkecimpung dalam bidang politik.

Sebanyak 8 rumah pasukan telah beradu keupayaan dalam pelbagai acara yang dipertandingkan untuk meraih kejuaraan. Berikut adalah keputusan penuh acara gilang gemilang kejohanan olahraga kali ke-41, peringkat sekolah 2010:

Peserta Terbaik mengikut Kategori:

1. Peserta Terbaik Perempuan C : Siti Nursyazwina Md. Nasar (Laksamana/Merah)

2. Peserta Terbaik Perempuan B : Nor Saleha Md. Yusuf (Panglima/Oren)

3. Peserta Terbaik Perempuan A : Hadijah Ghazali (Laksamana/Merah)

4. Peserta Terbaik Lelaki  C : M. Syameel Amer (Syahbandar/Merun)

5. Peserta Terbaik Lelaki  B : Norhafis Sukor (Syahbandar/Merun)

6. Peserta Terbaik Lelaki  A : Ihsan Ameen Ismail (Panglima/Oren)

Johan Pasukan bagi setiap Kategori:

1. Johan PC :  Syahbandar/Merun (20 mata)

2. Johan PB : Panglima/Oren (26 mata)

3. Johan PA : Laksamana/Merah (24 mata)

4. Johan LC : Syahbandar/Merun (64 mata)

5. Johan LB : Nakhoda/Putih (26 mata)

6. Johan LA : Temenggung/Hijau (27 mata)

Johan Keseluruhan bagi Kategori C, B dan A:

1. Johan Bahagian C : Syahbandar/Merun (84 mata)

2. Johan Bahagian B : Bendahara/Biru   (36 mata)

3. Johan Bahagian A : Nakhoda/Putih (40 mata)

Acara Perbarisan:

1. Johan : Temenggung/Hijau 73.5

2. Naib Johan : Laksamana/Merah 72.5

3. Johan : Hulubalang/Kuning 70

**********************************

JOHAN SUKANTARA 2010 : BENDAHARA/BIRU (158)

JOHAN KHEMAH TERCANTIK : BENDAHARA/BIRU (84.5)

**********************************

OLAHRAGAWATI : HADIJAH GAZALI (Laksamana/Merah))

OLAHRAGAWAN : IHSAN AMEEN ISMAIL (Panglima/Oren)

**********************************

JOHAN KESELURUHAN : PANGLIMA (284)

NAIB JOHAN KESELURUHAN : BENDAHARA/BIRU (249)

Persaingan pada kejohanan kali ini begitu sengit dan meriah sekali memandangkan tahun ini merupakan kali pertama sekolah ini mempunyai 8 pasukan yang saling berentap antara satu sama lain dalam setiap acara.  Terdapat juga segelintir yang masih agak canggung untuk menyesuaikan diri dengan rumah pasukan yang baru. Namun, semuanya dapat diatasi dan kejohanan olahraga telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Encik Ab. Zayin Abdullah selaku GPK Ko-Kurikulum merupakan orang yang paling sibuk mengendalikannya dibantu oleh semua barisan guru dan kakitangan SMKDS yang begitu berdedikasi dan bekerja keras demi semangat kesukanan sekolah.

Sukan meningkatkan keyakinan diri, mendidik untuk fokus pada titik kemenangan  dan mengajar erti kehidupan. Badan cergas, otak cerdas.

Sumber berita: En. Amfal Basri

Categories: Ko-Kurikulum
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: