Home > Kurikulum, Peristiwa > Kemeriahan Sambutan Hari Guru

Kemeriahan Sambutan Hari Guru

Oleh: Wartawan blog SMKDS

17 Mei 2010, Batu Pahat : Sambutan Hari Guru bagi tahun 2010 telah berlangsung dengan meriah dan penuh kesyukuran di Dewan Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sulaiman. Majlis yang dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke dalam dewan sambil diringi paluan kompang dan gamelan sekali lagi mencatat sejarah baru dalam diari SMK Dato’ Sulaiman apabila Tuan Pengetua, Encik Misli bin Rosbadi dipikul menggunakan tandu oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 yang segak lagi gagah.

Bertemakan ‘Kesultanan Melayu Melaka’, panorama SMK Dato’ Sulaiman pada pagi ini dilihat begitu klasik dengan para guru wanita berpakaian sedondon dihiasi kerudung kain songket mahupun kain pelekat manakala guru-guru lelaki segak memperagakan sepersalinan melayu lengkap bertanjak serta bercapal. Tidak kurang juga ada yang mengenakan keris di pinggang.

Nyanyian bersemangat lagu Guru Malaysia

Aturcara dimulakan dengan teater Peminangan Puteri Bukit Belah yang telah membariskan pelakon-pelakon handalan yang terdiri daripada Tuan Pengetua sendiri sebagai teraju utama. Teater yang memakan masa hampir 45 minit ini mempunyai mesej tersendiri agar kita menghargai golongan berilmu. Seterusnya majlis diteruskan dengan pembacaan watikah, nyanyian lagu Guru Malaysia dan upacara pemotongan kek.

Tuan Pengetua dalam sesi pemotongan kek

Persembahan pelajar pula menyusul dimulai dengan persembahan kugiran dan ghazal. Teater muzikal oleh para pelajar menengah rendah tidak kurang menarik dengan pelajar-pelajar cilik tersebut dilihat begitu yakin melakonkan watak masing-masing. Bagi wakil menengah atas, para pelajar menampilkan persembahan koir bertenaga disusuli penyampaian lagu puisi oleh pelajar Tingkatan 5. Adik Iman dari kelas Pendidikan Khas turut tidak ketinggalan menunjukkan bakat bercerita kisah ‘Labah-labah Buncit’. Gayanya yang bersahaja lengkap dengan pakaian yang bersesuaian menarik perhatian warga SMK Dato’ Sulaiman.

Acara hampir tiba ke kemuncak. Pelajar lelaki pula menampilkan persembahan dikir barat yang ditunjangi oleh Cikgu Shahrul Nizam sebagai tukang karut. Riuh rendah dewan dibuatnya dengan gelagat pelajar yang begitu bersemangat mengalunkan dikir tersebut. Dikir yang bertemakan ‘Pengorbanan Seorang Guru’  itu nyata mencetuskan fenomena baru bagi warga SMK Dato’ Sulaiman. Terasa seperti di negeri Pantai Timur pula.  Seterusnya acara diteruskan dengan persembahan pelajar-pelajar Pendidikan Moral yang ditunjangi oleh Cikgu Liyana dan Cikgu Ee. Seisi dewan sekali lagi gegak gempita dengan hilai tawa apabila SMK Dato’ Sulaiman didatangi oleh seorang pari-pari berketurunan jawa. Lakonan mencuit hati oleh Cikgu Liyana sebagai pari-pari juga meninggalkan memori manis pada hari ini.

Kemuncak acara adalah penyampaian anugerah guru yang dikelolakan oleh para pelajar. Terdapat 20 kategori yang dipertandingkan yang mana bukanlah untuk mencipta kontroversi tetapi sekadar gurau senda antara guru dan pelajar.  Majlis yang ringkas tetapi meriah ini bolehlah disifatkan sangat penting bagi merapatkan hubungan muhibah antara guru dan pelajar di samping meraikan peranan guru yang berjuang demi melahirkan generasi berilmu.

Teater Muzikal

Peminangan Puteri Bukit Belah


Kumpulan Dikir Barat

Categories: Kurikulum, Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: