Home > Ko-Kurikulum, Latihan Staf > Gaya Hidup Sihat ke arah 2L (Lawa dan Langsing)

Gaya Hidup Sihat ke arah 2L (Lawa dan Langsing)

Oleh : Wartawan blog SMKDS

Parit Maimon, Batu Pahat – 22 Mei 2010 : Program Gaya Hidup Sihat bersama pemimpin dan masyarakat ke arah 2L (lawa dan langsing) telah diadakan di SK Seri Laksana bermula jam 8 pagi lagi.  Program yang dianjurkan bersama Pusat Kesihatan Parit Sulong ini terbuka kepada orang ramai dan tenaga kerja sekolah-sekolah DUN Seri Medan.

Cik nazliah sedang menjalani pemeriksaan tahap gula dalam darah

Acara dimulakan dengan senamrobik di dataran sekolah yang melihatkan ramai peserta mengayun langkah dengan cara tersendiri. Seterusnya peserta dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Merah, Kuning, Hijau dan Biru bagi membuat pemeriksaan kesihatan. Peserta berpeluang mengukur BMI (Body Mass Index), tahap tekanan darah dan kandungan gula dalam badan.

Bilik keempat menyediakan khidmat kaunseling kesihatan kepada peserta yang memerlukan khidmat nasihat tambahan terhadap tahap kesihatan diri masing-masing. Bagi kaum ibu pula, ujian pap smear dan pemeriksaan payu dara turut disediakan di dalam bilik khas. Senaman menggunakan bola besar diiringi lagu-lagu rancak yang menghiburkan menarik minat ramai peserta kanak-kanak yang turut menyanyikan lagu yang dimainkan.

Para peserta bersenam menggunakan bola besar

Program yang dirasmikan oleh Dr. Haryaty ini sangat berguna dan membuka mata banyak pihak khususnya masyarakat setempat agar mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan sehari-hari.  Selain menitikberatkan pengambilan makanan berkhasiat yang rendah lemak, masyarakat juga seharusnya perlu rajin membuat senaman ringan setiap hari bagi mendapatkan BMI ideal seterusnya bebas daripada penyakit yang boleh memendekkan usia.

Rata-rata peserta berpuas hati dengan khidmat yang diberikan dan dilihat berminat untuk terus mengadakan pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun di pusat kesihatan berdekatan. Program berakhir kira-kira jam 12 tengah hari.

En. Shahrulnizam meneliti laporan kesihatannya

Pentas utama di SK Seri Laksana

Categories: Ko-Kurikulum, Latihan Staf
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: