Home > Peristiwa > Program Bersama Majalah Dewan Siswa

Program Bersama Majalah Dewan Siswa

Satu program bersama Dewan Bahasa dan Pustaka telah diadakan di SMK Dato’ Sulaiman pada hari ini 26 Julai 2010 mulai jam 8.00 hingga 1.30 tengahari.  Kelas yang terlibat dengan program ini ialah Kelas Rancangan Khas tingkatan 1 dan 2.

Antara objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan tentang keseronokan membaca dan menyuntik semangat suka membaca dalam kalangan pelajar, memberi panduan dan saluran kepada pelajar untuk berkarya selain daripada untuk memotivasikan pelajar untuk menggunakan bahasa dengan betul.

Program  ini juga merujuk kepada penggunaan majalah Dewan Siswa sebagai satu bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam banyak aspek terutamanya meluaskan pengetahuan dan penulisan. Ini kerana kandungannya disesuaikan dengan isu semasa dengan  fakta yang tepat. Bahasanya juga mudah difahami selain ianya menggunakan bahasa Melayu yang betul.

Antara kakitangan DBP yang hadir menyempurnakan program ini ialah Editor Dewan Siswa sendiri iaitu Encik Abd. Ghani Abu, Editor Jurnal Bahasa iaitu Puan Zaiton Darois@Darwis, Editor Dewan Kosmik iaitu Encik Mohd. Syukri Anwar dan En. Zairul Zainal sebagai jurufoto. Mereka diiringi oleh pemandu DBP yang setia menghantar kemana sahaja mereka pergi.

Pihak SMK Dato’ Sulaiman khususnya Unit Rancangan Khas mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai DBP yang terlibat serta semua guru yang terlibat menjayakan program ini.  Semoga pelajar memperolehi manfaat yang maksima daripada program yang diadakan ini.

Categories: Peristiwa
  1. ghaniabu
    July 26, 2010 at 9:13 pm

    salam buat warga smk dato’ sulaiman

    terima kasih banyak-banyak atas ruang dan peluang yang telah diberikan kepada kami untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan ilmu yang tidak seberapa. semoga program ini dapat memberikan suntikan semangat kepada para pelajar mencipta kecemerlangan.

    -ghaniabu
    Editor Dewan Siswa

    • July 30, 2010 at 5:18 pm

      Sama-sama. Terima kasih jua diucapkan kerana memberi sumbangan di sekolah ini. Maaf, ada seorang lagi yang saya belum tulis namanya di sini kerana saya tidak pasti namanya (yang pakai T-shirt hitam). Boleh tuliskan namanya? Saya akan masukkan dalam entri ini sebagai tambahan. Terima kasih.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: