Home > Makluman, Peristiwa, Perpustakaan, Pusat Sumber > Cikgu Azizul Rahman Bersara

Cikgu Azizul Rahman Bersara

 

Encik Azizul Rahman merupakan seorang guru pakar Bahasa Melayu yang telah berkhidmat lebih  30 tahun lamanya dalam arena perguruan. Lonjakan saujananya sebagai guru cemerlang bermula di sekolah ini apabila beliau mempelopori  MDK (Majalah Dalam Kelas) pada tahun1987.

Prestasinya terus meningkat sehingga akhirnya beliau mampu meletakkan dirinya sebagai guru cemerlang JUSA C, kumpulan guru yang pertama dilantik di Malaysia. Beliau pernah belajar, berkhidmat dan istimewanya beliau juga bersara di sekolah tempat jatuh lagi dikenang ini. SMK Dato’ Sulaiman dengan sukacitanya meraikan persaraan beliau pada hari Khamis, 23  September 2010, lima hari sebelum tarikh sebenar persaraannya iaitu 28 September 2010 disebabkan beliau tiada di sekolah pada tarikh tersebut.

Cikgu Azizul sewaktu menyaksikan galeri yang diwujudkan sempena mengenang jasa dan ketokohan beliau.

 

Galeri Tokoh Guru Cemerlang Encik Azizul Rahman Abdul Rahman

Cikgu Azizul sedang menandatangani 'plague' peringatan di galeri tokoh

Sebagai merakamkan kenangan dan penghargaan dari pihak sekolah,  sebuah galeri tokoh guru

cemerlang telah disiapkan demi mengenang jasa dan ketokohan beliau. Galeri tersebut ditempatkan di bagunan perpustakaan sekolah dan ia menjadi elemen yang penting sebagai sumber rujukan  yang melengkapi Pusat Sumber Sekolah ini.

Lambaian seorang tokoh guru di hari persaraannya

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai diri, ketokohan dan kerjaya beliau, sila saksikan paparan video di atas.

Harimau pergi meninggalkan belang, manusia pergi meninggalkan nama. Benih yang baik tercampak ke darat menjadi pohon, tercampak ke laut menjadi pulau.

  1. Musa
    December 7, 2010 at 3:20 pm

    Assalamualaikum w.b.t Tahniah kepada SMK Dato’ Sulaiman atas usaha dan jaya menerbitkan dokumentari kecil buat tokoh guru Cemerlang En Azizul Rahman bin Abd Rahman ini. Diharap akan lahir ‘Azizul Rahman’ lagi selepas ini untuk memperkasakan bahasa ibunda kita. Kepada en Azizul Rahman diucapkan selamat bersara. Harap dapat meneruskan sumbangan dalam bidang linguistik walaupun telah bersara.

  2. December 17, 2010 at 8:27 am

    Waalaikum salam Encik Musa. Terima kasih kerana menonton dokumentari ini dan memberi respon yang begitu membina. Sememangnya sumbangan mereka yang telah bersara seperti Encik Azizul masih diperlukan. Semoga Encik Azizul membaca mesej Encik Musa ini.

  3. sam raymi
    February 12, 2011 at 10:17 pm

    Hari ini beliau ke Bintulu utk menyampaikan seminar berkenaan profesionalisme guru, saya amat kaguam dengan keupayaan beliau menyampaikan ceramah secara bersahaja namun sarat dengan tips2 mudah yang boleh dipraktikkan serta menyuntik semangat baru dalam diri para guru. Negara kita memerlukan ramai orang seperti beliau dalam arena pendidikan.

  4. abd aziz b. misran
    May 22, 2011 at 10:20 pm

    salam warga SMDS, cikgu azizul adalah seorang guru yang banyak berjasa dan telah mengajar saya semasa saya belajar disekolah ini.(88_89)..teroima kasih SMDS dan seisi keuarganya…untuk cikgu azizul semoga diberikan kesihatan …….assalamualikum…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: