Home > Makluman > Gamitan “Labbaika Allah”

Gamitan “Labbaika Allah”

Di musim haji sebegini pasti ada hati yang tersentuh dengan seruan Ilahi yang begitu merdu, mendayu nan menusuk kalbu “Labbaika Allah hum ma labbaik. Labbaika la syarikalakalabbaik. Innal hamda wan ni’mata laka wal mulk. La syarikalak….”

Bagi sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana(termasuk penulis), mungkin juga merasai kesyahduan seruan tersebut terutama apabila ianya dialunkan dalam lagu nasyid oleh kumpulan Raihan. Penulis masih ingat lagi itulah lagu pertama yang mengiringi persembahan multimedia penulis sekitar tahun 2002 sewaktu sekolah ini masih dinaungi oleh pengetuanya, En. Hasnan Jaffar. Sehingga kini setiap kali musim haji penulis akan merasa sebak dan sayu apatahlagi setiap tahun ada sahaja warga sekolah ini yang berpeluang menunaikan haji di tempat yang dirindui itu.

Guru-guru yang menunaikan haji pada tahun ini (2010); dari kiri; Cikgu Razak, Cikgu Nazlan dan Cikgu Othman Karim.

Pada tahun ini 3 orang guru sekolah ini iaitu Encik Abd. Razak Zain, Encik Nazlan Basar (GPK HEM) dan Encik Othman Karim pasti merasa bertuah dan gembira kerana dapat menunaikan fardhu haji di Mekah al- Mukaramah. Mereka akan berada di sana antara empat puluh dua hingga empat puluh lima hari.  Seluruh warga sekolah mendoakan agar mereka selamat pergi, selamat kembali dan memperolehi haji yang mabrur. Semoga mereka juga dapat mendoakan warga sekolah ini agar memperolehi kebaikan yang banyak, rahmat dan keberkatan hidup dunia dan akhirat apatahlagi anak-anak Dato’ Sulaiman sedang berdebar menanti keputusan peperiksaan PMR dan yang tingkatan lima dan enam atas pula sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memuntahkan lahar pengetahuannya ke ats kertas jawapan SPM dan STPM mereka. Semoga cikgu Razak, cikgu Nazlan dan cikgu Othman mengingati anak-anak ini dalam doa mereka.

Ibadat haji lebih tepat lagi dianggap sebagai  perantauan rohani dan jasmani kerana seluruh usaha dan jiwa hanya difokuskan kepada yang Satu, Ilahi Rabb.

“Tunaikanlah haji dan umrah bagi sesiapa yang mampu”.

Categories: Makluman
  1. Nor Malissa Farhana
    April 23, 2012 at 10:37 am

    Selamat menunaikan ibadah haji….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: