Home > Peristiwa > Mesyuarat Kali Pertama sesi Persekolahan 2011

Mesyuarat Kali Pertama sesi Persekolahan 2011

Oleh: Wartawan SMKDS

Parit Sulong, 28 Disember 2010 – Berbekal azam dan semangat juang yang semakin menggunung, hampir semua pendidik SMK Dato’ Sulaiman melangkah masuk ke Dewan Bestari dengan ukiran senyum melebar. Bermula dengan sesi pendaftaran yang dikendalikan oleh Cikgu Zaitun dan Cikgu Rashidah, warga pendidik memulakan hari dengan langkah kanan apabila dijemput untuk menikmati sarapan pagi di kantin sekolah. Menu lontong kegemaran bersama kuih karipap pusing menjadi pembuka selera. Warga pendidik amat berbesar hati dengan pengusaha kantin yang mesra dipanggil Kak Yah atas kemurahan hatinya menjamu kami.

Tepat jam 8.30 pagi mesyuarat dimulakan dengan Cikgu Othman Marin menjadi pengemudi acara. Taklimat dimulakan oleh Tn. Hj. Mohd. Nor yang membentangkan analisa keputusan PMR bagi tahun 2010. Keputusan cemerlang yang meledak bagi tahun 2010 ini hampir sahaja mengulangi pencapaian cemerlang tahun 2007. Cikgu Abu Zayin menyusul memulakan taklimat bagi pengurusan kokurikulum diikuti Tn. Hj. Nazlan menyampaikan taklimat berkaitan pengurusan unit HEM. Seterusnya taklimat pengurusan kurikulum oleh Pn. Zarina dan diakhiri dengan ucapan oleh Tn. Hj. Razib (GPK 1). Beliau kembali mengingatkan para rakan pendidik untuk kembali meningkatkan prestasi kerja dan sama menggembleng tenaga bagi mengharungi tahun 2011 yang diharapkan akan lebih membuahkan banyak kejayaan manis lain.

Segala maklumat yang disampaikan telah lebih dahulu didokumentasikan dalam sebuah naskhah yang bangga warga SMKDS namakan ‘GUYUP Bestari’.  Berwajah baru yang sangat bernilai tinggi dari segi estetiknya, ‘GUYUP Bestari’ dihasilkan oleh pasukan yang diterajui oleh Pn. Zarina yang telah bertungkus lumus sejak lebih 3 minggu yang lalu.  Menampilkan lanskap padang sekolah dan logo baru kebanggaan warga SMKDS, kulit depan ‘GUYUP Bestari’ telah direka khas oleh Cikgu Hailmy Jomaat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengahari dan para guru melangkah keluar dari Dewan Bestari dengan dua bekalan di tangan : Buku Rekod Mengajar dan ‘GUYUP’ Bestari.

Inilah Muka Depan ‘GUYUP Bestari’.

SEHAJAT | SEHASRAT | SEPAKAT

Categories: Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: