Home > Ko-Kurikulum, Makluman, Peristiwa > Juara Piala Suzuki 2010: PM umum Jumaat cuti

Juara Piala Suzuki 2010: PM umum Jumaat cuti

Oleh: Wartawan blog SMKDS

Pasukan Malaysia menjuarai Piala Suzuki 2010

Demam bola sepak bersempena kejohanan Piala Suzuki sejak sebulan lalu turut melanda warga SMK Dato’ Sulaiman. Sebagai rakyat Malaysia yang peka dan tinggi semangat patriotik kepada negara, warga SMKDS juga tidak melepaskan peluang berkongsi cerita yang memang menjadi topik bualan hangat di mana-mana sahaja. Samada pelajar, guru mahupun kakitangan sokongan, kalau pun tidak mengulas banyak pasti akan menyelitkan sedikit kisah 90 minit yang berlaku di Gelora Bung Karno malam tadi.

Terdapat pelbagai versi penceritaan mahupun luahan emosi yang dapat didengari. Nama penjaga gol pasukan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat sering meniti di bibir rata-rata warga SMKDS. Di kalangan guru-guru lelaki, mereka mengulas lagak seorang pengulas sukan dengan teori-teori bernas bertepatanlah dengan pengetahuan yang mereka ada. Bagi guru-guru perempuan pula, ada yang tidak pernah berminat dengan bola sepak turut menyatakan betapa mereka setia menjadi penonton kemenangan bersejarah tersebut. Lain pula versi penceritaan di kalangan pelajar-pelajar perempuan. Cerita mereka berkisar tentang yang mengagumi dan tidak kurang meminati pemain-pemain bola sepak tersebut kerana rupa paras mereka! Adatlah anak remaja belasan tahun.

Walau apa pun interprestasi segenap individu, sesuatu yang pasti, semuanya GEMBIRA dan SYUKUR atas kejayaan negara membawa balik Piala Suzuki bagi tahun 2010 ini. Sikap dan semangat warga SMKDS yang ditunjukkan tanpa sedikit pun mengabaikan tugas utama (Pendaftaran Pelajar Tingkatan 2,3 dan 5) sememangnya sangat dibanggakan.

Buat rakan pendidik SMKDS, serius bekerja bukan bererti kita terpaksa melupakan agenda negara di peringkat antarabangsa kerana kita tidak akan maju jika hanya selesa melakukan sesuatu dan mengambil tahu rutin harian kita sahaja. Semoga anak-anak didik SMKDS turut terkesan dengan kemenangan ini dan dapat menunjukkan semangat melawan dalam setiap pertandingan yang disertai. Sesuatu yang pasti, Perdana Menteri Malaysia turut mengumumkan cuti pada hari esok iaitu Jumaat (31 Disember 2010).  Bagi semua warga SMKDS, kita memang sedang bercuti. Tidak mengapalah. Buat mereka yang perlu bertugas untuk pendaftaran Tingkatan 1 esok, bersemangatlah dan semoga segalanya lancar.

Penyokong Malaysia bersorak di Stadium Bukit Jalil

 

  1. January 4, 2011 at 1:41 pm

    wohooo.menang….kucing…

  2. January 4, 2011 at 1:42 pm

    abende yang kucing????

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: