Home > Uncategorized > Selamat Datang Tahun Baru 2011!

Selamat Datang Tahun Baru 2011!

Oleh: Wartawan blog SMKDS

Kemeriahan tahun baru biasanya pasti dikaitkan dengan pancuran bunga api

Parit Sulong, 1 Januari 2011 – Lima, empat, tiga, dua, satu… Ting!  Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011! Begitulah rata-rata jeritan yang dapat didengar samada dari kaca televisyen mahupun yang berkumpul di warung-warung sekitar pekan Parit Sulong. Masyarakat di sini terutama golongan remaja dan meningkat dewasa tidak melepaskan peluang berkumpul beramai-ramai bagi meraikan detik tahun baru ini.

Bagi golongan berkeluarga pula, ramai yang mengambil pendekatan berbeza dengan duduk berhimpun di rumah seisi keluarga sambil menonton rancangan televisyen yang disajikan khas buat sambutan tahun baru 2011. Walau apa pun cara dan pendekatan yang diambil, seharusnya kita patut mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Rabbul Izzati kerana masih diberikan kesempatan bernafas di dalam atmosfera negara yang aman dan sejahtera.

Sering juga kedengaran, apabila tahun baru, pasti ada azam baru. Acapkali isu ini dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat. Persoalannya, perlukah azam baru, jika azam tahun sudah belum dilangsaikan? Itulah yang jadi pada sesetengah individu apabila ditanya dengan azam baru, mereka pasti akan menjawab, “Sama seperti tahun sudah”. Kenyataan itu nyata tidak menjadi kesalahan mahupun sesuatu yang perlu dirungkaikan. Ini kerana, tidak ada seorang pun di muka bumi ini ditakdirkan dengan perjalanan hidup yang sama dan serupa. Justeru, adalah sesuatu yang pasti, jika si A berjaya mencapai azamnya, manakala si B masih terus cuba mencapai azamnya.

Namun, buat warga SMKDS, azam yang dipasang belum cukup jika tidak dilengkapi dengan strategi yang mantap. Matlamat jangka pendek dan jangka panjang harus diletak bersesuaian dengan kemampuan agar dapat mengurangkan risiko berputus asa di tengah jalan. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Nah! sudah jelas tiada jalan pintas untuk mencapai sesuatu perkara. Oleh itu, diharapkan anak-anak didik SMKDS dapat membuat perancangan dengan penuh hati-hati dan mengelakkan berbuat sesuatu pada akhir waktu ataupun bila keadaan sudah mendesak. Tergesa-gesa itu permainan syaitan.

Semoga SMKDS terus maju dalam setiap bidang dan dapat melahirkan golongan pelajar yang boleh berjasa kepada masyarakat.

Segala tenagamu… Perlu bagi perjuangan mencapai kemajuan…

Categories: Uncategorized
  1. January 4, 2011 at 1:37 pm

    Mohon maaf, saya sebenarnya tidak faham maksud bunga api pada hari tahun baru. Boleh tolong jelaskan?

  2. January 4, 2011 at 1:38 pm

    Seronoknya tahun baru!

  3. Muhd. Alimshah Bin Mahadzir
    February 8, 2011 at 1:05 pm

    Selamat tinggal tahun 2010!!!!

  4. farhana pariman
    February 8, 2011 at 1:09 pm

    Tahun baru mesti kena azam yg baru…semoga dapat berubah menjadi insan yang mulia..

  5. nur nabiha
    February 8, 2011 at 1:11 pm

    Memang seronok, tapi kena kerja keras lagi…tahun depan nak PMR…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: