Home > Peristiwa > Kembali ke Sekolah

Kembali ke Sekolah

Oleh: Wartawan blog SMKDS

Parit Sulong, 03 Januari 2011 – Sesi persekolahan tahun 2011 kini bermula. Warga SMKDS dilihat mula melepasi pagar utama sekolah bermula jam 6.30 pagi lagi. Kesibukan pagi hari kini dapat dilihat kembali. Motor-motor pelajar mula menghiasi jalan-jalan raya begitu juga bas sekolah yang sudah mula dapat dilihat di hadapan pagar sekolah. Di persimpangan lampu isyarat, kenderaan beratur panjang menandakan kesesakan telah kembali di kawasan SMKDS. Bagi warga pendidik pula, rutin untuk mengejar kad perakam waktu (punch card) kembali bermula.

Tepat jam 7.30 pagi, perhimpunan rasmi kali pertama bagi sesi 2011 dapat dimulakan. Segalanya berjalan lancar walaupun dapat dilihat semangat para pelajar masih belum sepenuhnya untuk memulakan hari persekolahan mereka. Perarakan masuk Pengetua diiringi barisan guru kanan tidak diselangi dengan bacaan selawat oleh para pelajar. Pelik, kerana kebiasaannya mereka dengan lantang mengalunkannya. Mungkin angin cuti sekolah masih menghembus anak-anak SMKDS.  Tidak mengapalah untuk hari ini. Tapi jangan terus terbawa-bawa kerana anak-anak  memamg ada misi yang perlu dilunaskan. Bangunlah dari mimpimu itu.

Para pelajar Tingkatan 4 menjalani sesi orientasi pada sebelah pagi sejurus selepas perhimpunan selesai manakala orientasi pelajar Tingkatan 1 diadakan pada sebelah petang juga di Dewan Bestari. Pelajar-pelajar lainnya terus menuju ke kelas masing-masing dan sesi pembelajaran diadakan seperti yang sepatutnya. Koperasi sekolah dan Bilik Operasi SPBT dibuka bagi memudahkan urusan para pelajar. Kelihatan juga terdapat sebilangan kecil ibubapa yang memenuhi pejabat sekolah atas urusan pendaftaran anak-anak mereka. Para guru juga mula mengemas meja masing-masing di bilik guru. Sesetengahnya mendapatkan buku-buku teks di bilik operasi SPBT bagi memenuhi keperluan P&P mengikut jadual baru mereka.

Hari pertama persekolahan berjalan lancar seperti kebiasaan pada tahun-tahun sudah. Semoga tahun 2011 akan mencatatkan sejarah baru dalam kalendar akademik SMKDS. Majulah sekolahku!

 

Categories: Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: