Home > Refleksi > Penghargaan dan Ingatan

Penghargaan dan Ingatan

Suasana sekolah masih lagi diliputi kehangatan bahana keputusan peperiksaan PMR yang lalu. Sebagai sebuah sekolah berstatus luar bandar, sekolah ini tetap merasa bangga dengan pencapaian tersebut yang menduduki tempat ke-9 daripada 24 buah sekolah di daerah Batu Pahat.

Sudah tentu kejayaan ini digembeling bersama antara guru-guru yang berdedikasi, pelajar-pelajar yang tekun, ibu bapa yang prihatin, program-program kecemerlangan yang disusun rapi, program-program motivasi yang menyuntik semangat pelajar, program teknik menjawab yang disediakan oleh panatia dan guru-guru berkenaan,  kebijaksanaan pentadbiran serta dasar pengetua sendiri yang memberi kepercayaan kepada semua guru dan kakitangan. Hakikatnya semua pihak sememangnya terlibat dengan pencapaian sekolah. Bayangkan jika kantin tidak beroperasi. Sudah tentu para pelajar akan kelaparan. Bayangkan juga jika pekerja kebersihan tidak berfungsi. Sudah tentu pelajar dan guru tidak merasa selesa untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan-keadaan sedemikian sudah pasti boleh menjejaskan prestasi para pelajar. Sesungguhnya prinsip GUYUP yang ditekankan oleh Pengetua telah membuatkan semua warga sekolah menggalas tanggungjawab dalam keadaan yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.

Bagi mereka yang telah berjaya dalam PMR tentu puas dengan keringat yang telah dicurahkan siang dan malam.  Namun bagi mereka yang pencapaiannya belum memuaskan, usah berputus asa kerana masih ada lagi laluan dan peluang di hadapan anda iaitu SPM 2012 kelak.  Walaupun demikian perlu diingat bahawa kecemerlangan SPM yang digarap bermula dari detik ini, detik seawal anda melangkah ke tingkatan empat. Jika anda memulakan usaha lebih awal, sudah pasti pembelajaran anda lebih santai, kurang tertekan dan anda sendiri lebih yakin untuk berjaya. Bagi mereka yang sudah berada di tingkatan lima, teruskan melangkah dengan lebih tekun, teratur, berdisiplin dan selalu fokus untuk berjaya. Ingat bahawa Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan ia sendiri yang  mengubahnya.

Dalam erti kata yang lain, jika seseorang berusaha dengan gigih dan berdoa dengan tulus, tidak mustahil kejayaan akan menjadi miliknya suatu masa kelak. Sesungguhnya orang yang berjaya selalu mencari peluang manakala orang yang gagal selalu memberi alasan.

Selamat maju jaya.

Diligence is the mother of good luck. (Benjamin Franklin)

Categories: Refleksi
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: