Home > Kurikulum, Makluman, Peperiksaan > PMR 2010 meledak!

PMR 2010 meledak!

Oleh: Wartawan blog SMKDS

Parit Sulong, 23 Disember 2010 – “Aduh, sakitnya perut aku..”, “Sejukla pulak tapak tangan aku ni”, ” Ya Allah, kuatkanlah semangatku”. Begitulah dialog yang kerap didengar pada tanggal tarikh keramat di mana keputusan PMR yang dinanti selama beberapa bulan ini diumumkan.

Pagi-pagi lagi para pelajar tidak kurang ibubapa sudah berkumpul di perkarangan sekolah walaupun telah diberitahu keputusan hanya boleh diambil mulai jam 10 pagi. Masing-masing lengkap mengenakan pakaian rasmi sekolah hadir dengan pelbagai reaksi. Mereka berbual dan bertanya khabar sambil menunggu keputusan diumumkan. Di sebalik tawa riang mereka, tidak dapat disembunyikan wajah cemas yang tetap terlukis  kerana barangkali risaukan keputusan yang bakal dilihat di slip peperiksaan.

Benarlah orang kata, penantian itu satu penyiksaan. Akhirnya berkat kesabaran mereka, tepat jam 10.30 pagi, para pelajar mula beratur mengikut kelas masing-masing bagi mengambil slip peperiksaan dan sijil PEKA yang diagihkan oleh guru kelas masing-masing. Dan seperti kelaziman, ada yang tersenyum riang, melonjak kegembiraan malah ada yang mengalirkan air mata dan berpelukan bersama ibu tercinta sesudah membaca keputusan yang tercetak. Dapat dilihat juga ada yang terus memencilkan diri dan beredar daripada kelompok teman-teman yang sedang tertawa ria. Memberi ruang kepada diri sendiri untuk mencari kekuatan barangkali.

Alhamdulillah, keputusan PMR kali ini meledak lagi. Seramai 22 orang pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A, 17 orang memperolehi 7A 1B dan seramai 13 orang pula memperolehi 6A 2B.  Walaupun tidak dapat mengatasi atau sekurang-kurangnya menyamai catatan terbaik 25 orang 8A pada tahun 2007, peningkatan calon yang lulus meningkat dengan peratusan yang tinggi.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMKDS dan syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Menentukan kerana memberikan hadiah yang  menggembirakan ini. Sesungguhnya berkat kesungguhan dan tidak mengenal jemu serta sentisa GUYUP dalam menjalankan setiap program akhirnya berjaya membuahkan hasil yang enak sekali. Tahniah buat para pelajar dan semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kejayan ini.

Genius is one percent inspiration, ninety-nine percent perspiration. (Thomas Alva Edison)

[Kebijaksanaan dan kepakaran itu 99 peratus datangnya daripada  usaha yang gigih dan hanya satu peratus sahaja disebabkan oleh inspirasi.]

  1. mohd rahman
    January 5, 2011 at 7:13 pm

    tahniah kepada pelajar-pelajar smk dato sulaiman dah guru-guru yang berdedikasi atas pencapain yang membanggakan
    walaupun telah lama meninggalkan dato sulaiman(1998), sekolah ini masih disanubari saya selama-lamanya

    • smkds
      January 5, 2011 at 7:35 pm

      Terima kasih saudara mohd rahman.
      Semoga SMKDS terus maju berkat doa dari bekas-bekas pelajar semua..

    • January 5, 2011 at 9:11 pm

      Terima kasih Dr. Rahman. Semoga kejayaan Dr. Rahman menjadi contoh kepada para pelajar bahawa sesiapapun boleh berjaya tidak kira di ceruk mana seseorang berada asalkan ada semangat yang kuat dan usaha yang gigih, tekun dan sabar sepertimana yang Dr. miliki. Syabas!

  2. mohd rahman
    January 6, 2011 at 1:05 am

    alhamdulillah kejayaan adalah anugerah-Nya, saya berharap tidak semua daripada 39 pelajar cemerlang ini pergi ke SBP/MRSM. marilah buktikan pelajar2 luar bandar mampu dapat “straight” A in SPM 2012, insyallah
    SMKDS(Gmedia)- Cikgu Ayu kan, janganlah panggil Dr, Cikgu adalah Guru yang saya hormati selamanya

  3. Ainie
    January 26, 2011 at 12:52 pm

    Tahniah kepada warga SMDS! Saya merupakan ex-smds turut berbangga dgn pencapaian ini. Walaubagaimanapun, saya berharap agar warga pendidik di sana melakukan sesuatu yang bagus untuk adik-adik yang gagal atau kurang berjaya dalam peperiksaan. Didik mereka untuk jadi warga yang berguna walaupun mereka tidak hebat dalam bidang akademik.

  4. aiman
    February 8, 2011 at 1:02 pm

    tahniah…

  5. azri razak
    February 8, 2011 at 1:07 pm

    TAHNIAH!!! I LOVE MY SCHOOL !!!!❤

  6. MOHD.NAQIB NAQIUDDIN
    February 8, 2011 at 1:09 pm

    Saya ingn mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya dalam (PMR)sama ada yang mendapat 8A ataupon 7A. Semoga kamu semua mendapat keputusan yang cemerlaNG Dalam SPM. SEKIAN, TERIMA KASIH.
    DARI NAQIB: 2RK2

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: