Home > Ko-Kurikulum, Peristiwa > Sukan Outreach dan Balapan

Sukan Outreach dan Balapan

Wartawan Junior: Ismayanti

Rabu, 23.2.2011 – Sukan kecil SMK Dato’ Sulaiman berlangsung selama tiga hari iaitu pada 22, 23 dan 24 Februari. Hari ini ia memasuki hari kedua. Ia berlangsung dengan meriah dan mendapat galakan daripada warga sekolah meskipun majoriti mereka masih penat kerana baru sahaja selesai belajar di sidang pagi. Guru dan kakitangan juga tidak kurang bersemangat. Mereka hadir ke sekolah seawal pukul 2.15 petang. Mereka mengambil tempat mengikut tugas masing-masing.

Antara acara yang dipertandingkan hari ini ialah lontar peluru lelaki 13, lompat jauh lelaki 15, lempar cakera lelaki 18, merejam lembing perempuan 15 dan lompat tinggi perempuan 18. Suara pengelola peserta, Encik Kamil riuh kedengaran di khemah memanggil peserta yang memasuki acara-acara tersebut. Encik Kamil turut dibantu oleh 5 orang guru dan 10 orang ahli persatuan Pengakap. Selepas itu, tibalah acara ke-36 mengambil alih iaitu separuh akhir 200m semua kategori. Setiap kategori mempunyai 2 saringan. Peserta yang memenangi tempat 1-4 bagi setiap saringan layak ke pusingan akhir. Kelapan–lapan lorong diperhatikan oleh Encik Yatiman selaku ketua ampaya lorong, Encik Md. Hailmy dan dibantu oleh 4 orang pelajar tingkatan enam.

Acara diteruskan dengan 1500m semua kategori pusingan akhir. Peserta menunjukkan kemampuan berlari jarak jauh yang tinggi. Walaupun kebanyakan peserta sibuk dengan acara sehingga tidak sempat mengambil hadiah sendiri, Puan Rohaizah selaku ketua pengelola hadiah tidak panik. Beliau memilih wakil rumah pasukan pemenang yang tidak memasuki acara untuk mewakili peserta menerima hadiah kemenangan. Beliau dibantu oleh 5 orang guru dan 10 orang ahli persatuan Kadet Remaja Sekolah. Hadiah pemenang pula diketuai oleh Puan Zarina , 4 orang guru , dan 10 orang ahli Puteri Islam.

Pada pukul 4 petang pula berlangsung acara ke-48 iaitu lontar peluru perempuan 18 diikuti lompat jauh perempuan 13, lempar cakera perempuan 15, lompat kijang lelaki 18, merejam lembing lelaki 13 dan lompat tinggi lelaki 15. Sukan kecil ini pasti akan kelam- kabut sekiranya tiada Tn. Haji Mohd. Lazim selaku ketua kawalan , Tuan Haji Ahamad , Puan Ain Azura dan 10 orang ahli Kadet Polis.

Acara penutup pada petang ini ialah 400m semua kategori. Semua pelajar menyorak nama peserta yang berlari. Persaingan yang sengit membuatkan Encik Jayadi selaku ketua hakim balapan, 7 orang guru yang lain dan 6 orang pelajar tingkatan enam sedikit pening melihat siapakah yang juara. Tepat pukul 6 petang sukan kecil hari kedua tahun ini berakhir.

Categories: Ko-Kurikulum, Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: