Home > Ko-Kurikulum, Peristiwa > Perkhemahan Pengakap 70

Perkhemahan Pengakap 70

Wartawan Junior: Ain Zahirawani

PARIT SULONG, 26-28 MAC 2011 – Persatuan Pengakap70 telah mengadakan perkhemahan asas selama tiga hari dua malam. Perkhemahan ini diadakan di padang sekolah. Seramai 80 orang peserta iaitu 25 ahli jawatankuasa dan 55 orang ahlli biasa terlibat dalam perkhemahan ini.
Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk memberi sedikit sebanyak pengetahuan asas mengenai pengakap dan menjalankan ujian keahlian pengakap kepada peserta yang terlibat. Guru-guru pengakap turut terlibat dalam perkhemahan asas ini. Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang perkhemahan ini berlangsung.

Pada hari pertama, peserta-peserta yang terlibat dikehendaki mendaftar di meja urusetia.  Mereka juga perlu memberikan surat kebenaran ibu bapa kepada urusetia. Setelah selesai, mereka dikehendaki bekerjasama mendirikan khemah untuk dijadikan tempat rehat dan tempat tidur mereka sepanjang perkhemahan ini diadakan. Pada waktu malam, setelah selesai menunaikan solat Maghrib dan Isyak bagi peserta yang beragama Islam, sesi perkenalan sesama peserta telah dilakukan . Aktiviti ini boleh membantu mereka mengenali antara satu sama lain dan memudahkan mereka berinteraksi sesama mereka semasa melakukan aktiviti- aktiviti yang lain. Selepas itu, perkhemahan diteruskan lagi dengan perbincangan kumpulan untuk membuat bendera patrol.

Peserta di bahagikan kepada 10 patrol(kumpulan). Mereka dikehendaki bekerjasama membuat bendera patrol kumpulan masing-masing. Aktiviti seterusnya ialah kembara malam. Peserta-peserta berjalan secara berkumpulan sejauh 8km. Ahli jawatan kuasa terlibat menjaga setiap perhentian. Terdapat 10 perhentian yang harus dilalui oleh peserta- peserta. Di setiap perhentian, peserta-peserta akan diajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pengkap. Jika mereka gagal menjawab soalan-soalan itu dengan tepat,mereka akan dikenakan denda. Aktiviti ini mengambil masa selama 2 jam.

Pada hari kedua,banyak aktiviti menarik yang dilakukan. Antaranya ialah masakan rimba. Mereka diberi dua biji telur dan sedikit tepung untuk dimasak. Mereka dikehendaki memasak telur tersebut di dalam tanah. Telur yang diberi itu mestilah masak dan tidak pecah. Tepung yang diberi pula mestilah diuli dan dibakar. Patrol yang berjaya melaksanakan aktiviti ini dengan baik  dan sempurna akan dikira sebagai pemenang. Aktiviti seterusnya ialah ujian keahlian pengakap. Semua ahli pengakap wajib mengambil ujian ini. Ujian ini adalah berkaitan dengan pengetahuan asas  pengakap. Mereka melakukan aktiviti ini dengan pengakap kelana yang turut menjayakan perkhemahan asas ini.

Pada waktu petang,aktiviti yang dilakukan ialah halangan komandor. Terdapat lapan halangan yang mesti mereka lalui. Aktiviti ini wajib dilakukan semua pelajar yang terlibat dalam perkhemahan asas ini. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang mencabar mental dan fizikal peserta. Pada waktu malam,aktiviti yang dilakukan ialah malam kebudayaan. Setiap patrol mestilah membuat persembahan. Persembahan adalah bertemakan lakonan. Persembahan adalah mengikut kreativiti mereka masing-masing. Pelbagai kreativiti telah ditunjukkan. Setiap patrol mempunyai idea yang berbeza-beza. Pada pukul 4.30 pagi,aktiviti yang dilakukan ialah sayang si buta.
.
Pada hari terakhir,istiadat penutupan dan penyampaian hadiah telah dilakukan. Para peserta dinilai sepanjang perkhemahan ini. Peserta yang menang diberi hadiah sebagai menghargai usaha yang telah mereka tunjukkan. Hadiah disampaikan oleh guru pengakap70 iaitu Encik Razak. Encik Razak  juga turut memberikan beberapa ucapan samasa istiadat ini. Sebelum pulang,mereka dikehendaki membuka khemah mereka dan bergotong-royong membersihkan kawasan yang digunakan sepanjang perkhemahan ini. Perkhemahan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan bantuan AJK dan guru- guru yang terlibat. Banyak pengetahuan dan pengalaman yang telah mereka perolehi sepanjang perkhemahan ini berlangsung.

Categories: Ko-Kurikulum, Peristiwa
  1. aruLbp
    June 15, 2011 at 7:11 pm

    wah..bertuahyer sape2 yg dapt g perkhemahn tu kan

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: