Home > Ko-Kurikulum, Peristiwa > Perkhemahan Puteri Islam

Perkhemahan Puteri Islam

oleh: Aindila

Pada hari Sabtu,28 Mei 2011 yang lalu, Pergerakan Puteri Islam SMK Dato’ Sulaiman telah mengadakan perkhemahan sehari peringkat sekolah. Perkhemahan yang diadakan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.30 petang. Aturcara dimulakan dengan pendaftaran para peserta dari 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi. Setelah itu, peserta diberikan taklimat perkhemahan. Kemudian, mereka yang menyertai perkhemahan ini pergi menunaikan solat dhuhah di surau sekolah. Pada jam 9.00 pagi pada hari yang sama,ceramah kesihatan telah disampaikan. Perkhemahan Puteri Islam ini telah dimeriahkan lagi apabila aktiviti menggubah tuala dan bahan buangan serta pertandingan memasak telah diadadakan. Setelah makan petang dan solat Zuhor, para peserta diberikan ujian lisan mengikut gred puteri masing-masing. Setelah itu, acara sukaneka seperti kerusi beracun, baling belon dan mencari gula-gula dalam tepung juga telah menyerikan lagi aktiviti perkhemahan tersebut. Sejam sebelum pulang ke rumah masing-masing, mereka bergotong royong membersihkan kawasan perkhemahan dan diakhiri dengan majlis penutup.

Categories: Ko-Kurikulum, Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: