Home > Kurikulum > Perhimpunan Rasmi Unit Beruniform 13 Jun 2011

Perhimpunan Rasmi Unit Beruniform 13 Jun 2011

Wartawan Junior : Nuraina

SMK Dato Sulaiman – Minggu ini merupakan minggu unit beruniform 13 Jun yang mewajibkan semua warga sekolah memakai uniform persatuan masing-masing. Acara dimulakan dengan pemberian tabik hormat daripada ketua perbarisan. Selepas itu, pertama sekali semua warga sekolah bertafakur seketika di atas kembalinya Encik Azman Sulaiman ke Rahmatullah.

Ucapan dimulakan oleh Encik Abu Zayin selaku GPK Kokurikulum. Beliau membicarakan tentang Hari Gerko dan Keusahawanan yang bakal diadakan pada hari Sabtu, 25 Jun 2011. Semua persatuan, kelab dan badan unit beruniform dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam acara ini. Hari Terbuka Tahunan juga akan diadakan pada hari Jumaat, 24 Jun iaitu sebelum Hari Gerko berlangsung.

Latihan Sukantara juga diadakan mulai hari ini dan telah dibahagikan mengikut hari yang telah ditetapkan bagi setiap rumah sukan. Sukantara akan diadakan pada 5 dan 6 Julai akan datang. Semua pelajar dari tingkatan 1 hingga 5 terlibat. Sukan Kecil pula akan diadakan mulai 11 Julai pada petang hari manakala 12 Julai berikutnya akan diadakan pada pagi hari. Seterusnya, Sukan Besar akan diadakan pada 14 Julai 2011. Pelajar juga bolehmembeli baju sukan sekolah pada harga RM 12 sehelai. Pelajar-pelajar bolehlah mendapatkannya daripada Encik Amfal Basri, Encik Shahrul Nizam atau Puan Zainor Idayu.

Laporan minit mesyuarat serta segala laporan persatuan juga dikehendaki dikemaskinikan dalam buku laporan kelab atau persatuan masing-masing.

Selepas itu, Encik Nazlan Bin Basar pula memberikan sedikit taklimat tentang disipilin serta penjagaan kebersihan sekitar kawasan sekolah. Kebersihan kelas juga haruslah dijaga selalu serta pelajar-pelajar dinasihatkan supaya tidak memandang remeh soal keselamatan diri masing-masing.

Acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah sempena pertandingan badminton secara beregu yang dipengerusikan oleh Cik Ee Sze Yin. Sedikit penghargaan juga diberikan kepada guru-guru yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada bulan April dan Mei yang disampaikan oleh Encik Othman Marin.

Categories: Kurikulum
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: