Home > Ko-Kurikulum > Kursus Kepimpinan

Kursus Kepimpinan

oleh: Aindila

Bertempat di Dewan Bestari, SMK Dato’ Sulaiman, Kursus Kepimpinan telah diadakan pada hari Sabtu, 18 Jun 2011 yang lalu. Kursus ini diadakan bagi memberikan panduan kepada pengerusi, setiausaha dan bendahari bagi mengendalikan kelab atau persatuan yang diterajui. Guru yang terlibat dalam kursus ini ialah Cikgu Abu Zayin, Cikgu Rusiah, Puan Salha, Cik Nor Faleha dan beberapa orang guru lain lagi. Setiap peserta yang menyertai kursus kepimpinan ini telah dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut jawatan masing-masing. Setiap pengerusi dan setiausaha telah diberikan tugasan masing-masing dan diminta menyiapkannya pada hari tersebut juga sebelum pulang. Manakala bendahari pula diminta untuk menandatangani surat permohonan yuran tahunan dan membuat penyata kewangan pada akhir tahun kelak. Kursus Kepimpinan tersebut telah tamat pada jam 1.00 petang.

Categories: Ko-Kurikulum
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: