Home > Kurikulum, Makluman > Perhimpunan Rasmi 20 Jun

Perhimpunan Rasmi 20 Jun

Oleh : Nuraina Salamon

Perhimpunan minggu ini dimulakan dengan laporan dari guru bertugas minggu lalu, iaitu Puan Maidah yang membincangkan tentang perihal disiplin pelajar- pelajar sekolah ini. Para pelajar disaran supaya sentiasa meningkatkan disiplin masing- masing dan sentiasa mengekalkan kebersihan kelas setiap hari tidak kira waktu.

Seterusnya, Encik Shahrul Nizam telah menyampaikan sedikit laporan mengenai Larian Mini Marathon yang telah diadakan baru- baru ini di Batu Pahat. Sekolah ini telah menghantar wakil iaitu Mohd Hafiz Shukor yang telah berjaya menduduki tempat ke-6 dalam acara ini. Acara ini merupakan acara tertutup dan pesertanya merupakan peserta bawah 17 tahun.

Perutusan penyampaian hadiah bagi Minggu Sains dan Matematik yang telah diadakan telah disampaikan oleh Cik Nur Liyana. Perhimpunan kali ini merupakan majlis penutup minggu Sains dan Matematik yang telah dianjurkan oleh Persatuan Sains dan Matematik sekolah ini sendiri. Antara pertandingan- pertandingan yang telah diadakan ialah Kuiz Matematik Tambahan, Sudoku, Pertandingan Roket Air, Saintis Muda, Explorace dan bermacam-macam lagi.

Sebelum acara ini berakhir, Encik Misli Rosbadi menyampaikan sedikit ucapan dan mengumumkan peningkatan prestasi anak- anak sekalian. Keputusan Peperiksaan Setengah Tahun bagi tingkatan 3 mencapai tempat ke-5 daripada 24 sekolah di daerah Batu Pahat. Keputusan bagi tingkatan 5 pula adalah di tempat ke-11.

Sukantara yang bakal diadakan terpaksa dibatalkan. Hari Terbuka Tahunan tetap dijalankan pada 24 Jun 2011. Hari GERKO pula terpaksa dipinda kepada tarikh berikut iaitu pada 2 Julai 2011. Larian 1 Murid 1 Sukan serta Pertandingan Sepak Takraw terbuka akan diadakan semasa Hari GERKO berlangsung.

Akhir sekali, sekalung tahniah diucapkan kepada dua guru sekolah ini yang telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Cemerlang SMKDS. Guru-guru tersebut ialah Encik Lazim Rahmat (Kemahiran Hidup) serta Encik Afizal (ICT).

Categories: Kurikulum, Makluman
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: