Home > Ko-Kurikulum, Kurikulum, Makluman > Perhimpunan Rasmi 27 Jun

Perhimpunan Rasmi 27 Jun

Oleh : Nuraina Salamon

Perhimpunan  kali ini agak ringkas berbanding minggu- minggu sebelumnya. Ucapan kali ini dimulai dengan Encik Akram sebagai guru bertugas mingguan. Para pelajar dinasihatkan supaya sentiasa mementingkan keselamatan semasa berada di jalan raya. Pakai topi keledar apabila ke sekolah kerana malang tidak berbau. Baru- baru ini, kemalangan telah berlaku yang melibatkan pelajar sekolah ini dan telah difahamkan bahawa tiga orang pelajar telah masuk ke hospital. Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dan khabarnya mereka mengalami kecederaan yang agak parah dan sedang dirawat di Hospital Batu Pahat.
Kebersihan kelas juga haruslah diutamakan terutamanya tingkap- tingkap. Kedatangan ibu bapa serta penjaga yang telah hadir ke Hari Terbuka pada 24 Jun yang lalu amatlah memuaskan. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa untuk mengetahui sikap serta prestasi anak- anak semasa di sekolah.
Encik Amfal Basri membincangkan topik tentang Sukantara yang bakal berlangsung minggu hadapan. Sukan ini telah dibahagi kepada empat kategori :

Kategori

Acara

Bawah 14 tahun (Tingkatan 1 & 2)

Larian (100 meter, 200 meter, 4 kali 100), lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi, rejam lembing, lontar peluru

Bawah 16 tahun (Tingkatan 3 & 4)

Sama seperti di atas

Tingkatan 5

Larian (100 meter,4 kali 100), lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi (lelaki)

Tingkatan 6 Bawah

Larian (100 meter, 4 kali 100), lompat jauh, lontar peluru

Sempena Hari Gerak Kerja Keusahawanan (GERKO) yang akan diadakan pada 2 Julai ini, semua pelajar diminta menyumbang seikhlasnya yamg berupakan barang- barang pertanian, barang kering, serta lain- lain. Sumbangan amat dialu-alukan bagi sesiapa sahaja yang sudi menyumbang kepada sekolah ini serta untuk mencapai hasrat sekolah untuk membina laluan berbumbung yang menelan belanja sebanyak RM 50,000.
Encik Abu Zayin meminta supaya setiap pelajar membeli kupon yang berharga hanya RM 5.00. Setiap persatuan serta kelab yang mengikuti acara jualan semasa Hari Gerko diminta membuat persiapan awal dan berbincang bersama guru kelab atau persatuan masing- masing. Larian 1 Murid 1 Sukan akan diadakan semasa Hari Gerko dan semua pelajar diminta supaya memakai pakaian sukan masing-masing.

PENGUMUMAN !!!

SESIAPA YANG HENDAK MENGIKUTI PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW YANG AKAN DIADAKAN SEMASA HARI GERKO, BOLEHLAH HADIR DAN KEDATANGAN ANDA AMAT DIALU-ALUKAN.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: