Home > Kurikulum, Makluman > Perhimpunan Rasmi 11 Julai

Perhimpunan Rasmi 11 Julai

Oleh:  Nuraina Salamon

Minggu ini, Encik Shahrul Nizam telah menyampaikan sedikit ucapan mengenai laporan pada minggu lalu. Sekolah ini telah menyertai Pertandingan Ghazal peringkat negeri yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Parit Raja yang berlangsung mulai 2 Julai hingga 3 Julai yang lalu. Pertandingan ini merupakan pertandingan ghazal terbuka dan hanya sebanyak 15 buah sekolah saja yang menyertainya. Kumpulan ghazal SMKDS iaitu Seri Mutiara Ghazal telah memasuki peringkat akhir dalam pertandingan berkenaan. Hasilnya, mereka telah pulang dengan membawa berita gembira apabila telah mendapat tempat sebagai Naib Johan dalam acara tersebut. Hadiah yang telah dibawa pulang ialah piala, sijil penyertaan serta wang tunai sebanyak RM 2,000.
Seterusnya, Puan Pauziyana Abu telah mempengerusikan majlis bagi Pertandingan Amali Haji Perdana yang telah diadakan baru- baru ini. Pertandingan ini telah disertai oleh 45 orang pelajar sekolah ini yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5. Guru-guru pengiring ialah  Puan Saizah, Cik Siti Nurain serta Puan Pauziyana sendiri. Panel Penilai Tabung Haji telah menilai sekolah ini dan hasilnya sekolah telah meraih tempat ke-4 daripada 27 buah sekolah.
Ucapan diteruskan lagi dengan ucapan dari Encik Razif Arpan dan beliau telah membahaskan tentang Peperiksaan Percubaan PMR yang akan tiba serta persiapan pelajar-pelajar untuk menghadapi Peperiksaan Penilaian 2 yang melibatkan Tingkatan 1, 2, 4, dan 6. Majlis diakhiri dengan sedikit ucapan daripada Pengetua yang bertujuan memberikan sedikit motivasi kepada anak-anak di sekolah ini.

Categories: Kurikulum, Makluman
  1. NAZIRATUN NAJIHAH NASIR
    July 18, 2011 at 9:11 am

    GOOOOOOOOOOOOOOOOD JOB……………………………………

  2. lyaa,fatin dan hajar
    July 18, 2011 at 9:14 am

    Assalamualaikum,pertama sekali kami amat berbangga dengan pencapaian sekolah baru-baru ini.Kami berharap sekolah akan menyertai lebih banyak pertandingan untuk menaikkan nama sekolah.Dengan ini, pelajar akan dapat mempelajari lebih banyak ilmu.

  3. huda
    July 18, 2011 at 9:17 am

    Pelajar cemrlang dan menepati masa

  4. huda
    July 18, 2011 at 9:32 am

    Pelajar boleh

  5. hiroki
    August 6, 2011 at 2:58 pm

    nme clon pljr spm thon ni plizz,,

    • October 30, 2011 at 11:41 am

      Hiroki,
      Maaf kerana nama calon tidak dapat disenaraikan di sini. Hiroki boleh merujuk Unit Peperiksaan untuk mendapatkannya. Terima kasih.

  6. Wah Peng
    November 1, 2011 at 3:45 pm

    Well done to the students involved and school for achieving such honorable achievement! Keep up the good work! All the best!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: