Home > Peristiwa > Majlis Persaraan Sekalung Budi

Majlis Persaraan Sekalung Budi

oleh: Maizatul Farhana

Pada 10 November, Khamis yang lalu, SMK Dato’ Sulaiman telah mengadakan sebuah Program Sekalung Budi yang menunjukkan bahawa pihak sekolah berasa berat hati atas persaraan dua orang guru yang cukup banyak berjasa kepada sekolah ini sepanjang perkhidmatan mereka di sini. Dua orang guru yang dimaksudkan ialah Puan Hjh. Azmah binti Harun yang lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Azmah dan Tuan Hj. Ahamad bin Daiman yang juga lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Ahamad Daiman.

Tepat jam 11.30 pagi, semua pelajar telah diarahkan untuk berkumpul di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman. Manakala, pada pukul 12.00 tengahari, persembahan silat, perbarisan pengawas, Selawat ke atas Nabi S.AW dan persembahan ghazal telah dijalankan sebagai tanda permulaan Majlis Persaraan ini.

Seterusnya, sesi ucapan pengacara, iaitu Pn. Rosmawati binti Abdul Aziz dan Pn. Hjh. Nurah binti Othman, dimulakan. Kemudian, doa telah dibacakan oleh Ustaz Mesri bin Abdullah dan kemudiannya diteruskan lagi dengan ucapan pelajar serta ucapan puan pengetua, Puan Hjh. Noriah binti Nasir.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan Multimedia Pn Hjh. Azmah binti Harun oleh Pn Ayu binti Darlu. Seterusnya, Pn Hjh. Azmah telah dijemput ke atas pentas sebagai guru yang diraikan untuk memberi ucapan. Majlis ini juga telah diserikan lagi dengan penyampaian hadiah oleh wakil-wakil kelab,pelajar dan guru-guru untuk diberikan kepada Pn Hjh. Azmah.

Kemudian, persembahan Multimedia Tn Hj. Ahamad bin Daiman pula telah ditayangkan sebagai tontonan para pelajar dan guru-guru. Seterusnya, Tn Hj. Ahamad juga telah dijemput ke atas pentas untuk memberikan ucapan dan disusuli dengan penyampaian hadiah untuk diberikan kepada Tn Hj. Ahamad.

Sebelum majlis ini berakhir, Tn Hj. Ahamad telah menyerahkan sebuah tanda penghargaan kepada puan pengetua berupa sebuah lukisan hasil tangan satu-satunya puteri beliau yang kini seorang pelukis. Akhir sekali, kedua-dua orang guru yang diraikan ini telah diarak keluar dari Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman dan diiringi dengan koir oleh guru-guru dan para pelajar. Majlis ini tamat tepat jam 2.00 petang.

Di akhir kata, Selamat Bersara, Cikgu….

Categories: Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: