Home > Uncategorized > PMR 2011 Catat Peningkatan!

PMR 2011 Catat Peningkatan!

Oleh: Wartawan SMKDS

Foto: En. Hailmy bin Jomaat

PARIT SULONG, – Disember 2011- Keputusan PMR bagi tahun 2011 diumumkan di Dewan Bestari SMK Dato’ Sulaiman pada pagi ini.Parapelajar yang turut ditemani oleh ibu bapa dan penjaga sudah mula berkumpul di perkarangan sekolah sejak 8 pagi lagi walaupun keputusan hanya akan diumumkan pada jam 10 pagi.

            Semua guru kelas Tingkatan 3 sudah bersedia dengan slip keputusan di kaunter-kaunter khas. Namun begitu, semua calon PMR didera perasaannya terlebih dahulu. Apa tidaknya, senarai nama calon yang mendapat keputusan cemerlang 8A diumumkan seorang demi seorang. Mereka menanti nama disebut dengan penuh debaran sambil tidak putus memohon doa.

            Akhirnya, seramai 22 orang nama pelajar yang mendapat 8A habis dibacakan. Sayu, terharu tetapi penuh syukur para ibu bapa memandang anak-anak mereka menempa kejayaan. Seterusnya para pelajar dibenarkan beratur mengikut kelas untuk mendapatkan slip keputusan masing-masing.Walaupun bilangan pelajar yang mendapat 8A tidak bertambah, namun SMKDS mencatat peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu sebanyak 2.57 berbanding 2.60 bagi tahun 2010. Peratus  kelulusan juga bertambah 72.96% berbanding 69.34% pada tahun sebelumnya.

Tahniah buat seisi warga sekolah yang telah sama-sama bertungkus lumus mengadakan kelas tambahan, bengkel, teknik menjawab, pembelajaran jadual anjal dan program-program lainnya bagi memastikan kejayaan cemerlang SMKDS diteruskan.

Tahniah, SMKDS!

Pelajar-pelajar cemerlang PMR 2011 meraikan kejayaan mereka

Pelajar-pelajar cemerlang PMR 2011 meraikan kejayaan mereka.

Categories: Uncategorized
  1. Alees Hadzirah
    March 6, 2012 at 11:41 am

    Tahniah SMKDS!!!!!

  2. Nur Amira
    March 6, 2012 at 11:57 am

    WAH!!!!SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR PELAJAR SMK DATO SULAIMAN.

    • siti aisyah
      March 6, 2012 at 12:21 pm

      wah tahniah semoga graf naik lagi tinggi!!! ^_^

  3. nur azlya mohd ali (1rk2)
    March 6, 2012 at 12:09 pm

    smkds is the best….
    i love my school…

  4. nor afika,nur azlya & nurul hazira
    March 6, 2012 at 12:14 pm

    smk dato’ sulaiman best sangat!!!!!!!!!
    cikgu-cikgunya pun best………
    semuanya BEST!!!!!

  5. huda RK2
    March 6, 2012 at 12:22 pm

    bangga menjadi warga smk dato sulaiman!!
    harap SMKDS akan terus mencapai kegemilanagn pada masa akan datang…
    MAJULAH SEKOLAH KU MAJULAH SMKDS!! ^__^

  6. nurul hazira
    March 6, 2012 at 12:24 pm

    saya love smkds!!!!!!!!!

  7. nurhafiza bakri
    March 6, 2012 at 12:26 pm

    terbaik smkds

  8. nurfarrah hazirah bt jaffar
    March 6, 2012 at 12:28 pm

    smkds is a best school .thanks smkds !!!!!!

  9. Lim Jia Hong
    March 6, 2012 at 12:30 pm

    good

  10. -AiMaN-(1RK20
    March 6, 2012 at 12:32 pm

    SMK DATO SULAIMAN SEKOLAH PALING POPULAR DI DUNIA

  11. shahrin
    March 7, 2012 at 9:47 am

    Tahniah kepada calon PMR Smk Dato’ Sulaiman tahun 2011 Kerana mencatatkan keputusan yang memberangsangkan. Harap calon PMR pada tahun 2012 lebih meningkat keputusannya.🙂

  12. muahmmad elias
    March 13, 2012 at 9:48 am

    hadi yg comel paling menyerlah…

  13. aiShah96s3
    March 13, 2012 at 10:57 am

    tahniah !🙂

  14. azlin DB (4s3)
    March 13, 2012 at 12:04 pm

    Tahniah! kepada 22 pelajar yang dapat 8A. kalau yang tiru tu lain pula ceritanya. he..he..he… Jangan marah!

  15. nadhirah huda jamian
    April 16, 2012 at 11:09 am

    tahniah kepada para pelajar yg mendapat 8A tahun 2011. pelajar PMR untuk tahun ini harap dapat mengharumkan nama sekolah kita dengan mendapatkan 8A lebih ramai lagi… Insyaallah. Semoga berjaya…..🙂

  16. aiye
    April 16, 2012 at 11:10 am

    tahniah ! kepada 22 pelajar yang mendapat 8A !

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: