Home > Latihan Staf > Senamrobik & Gotong-Royong Perdana

Senamrobik & Gotong-Royong Perdana

Oleh : Lyana Kamarudin (wartawan SMKDS)

Foto : Maizatul

Pasukan Senamrobik Sekolah mengetuai acara pada pagi ini.

PARIT SULONG, 14 Januari 2012 – Akal yang cerdas datangnya dari badan yang cergas. Percaya dengan resepi sihat tersebut, para guru, staf sokongan dan pelajar SMKDS telah menyertai acara senamrobik pada pagi  Sabtu ini. Acara ini dipecahkan kepada dua lokasi.

Peserta wanita membuat rutin senamrobik di Dewan Bestari dan dipimpin oleh Pn. Zainor Idayu bt. Jusoh. Iringan muzik yang dipetik dari filem Hindustan benar-benar mengundang tawa dan memberi tenaga yang besar dalam membantu aktiviti senamrobik berjalan denagn lancar. Lebih manis, Tuan Pengetua SMKDS, Pn. Hajah Noriah bt Nasir turut tidak ketinggalan sama bersenam dengan peserta- peserta lain. Komitmen yang ditunjukkan oleh beliau untuk turut sama ‘turun padang‘ bagi menjayakan program sekolah membuktikan semangat kerjasama sangat penting dalam sesebuah organisasi. Pasukan ibu-ibu mengandung ( guru-guru yang mengandung) yang awalnya hanya duduk sebagi pemerhati bebas turut mengambil peluang melakukan senamrobik kerana rutin yang ditunjukkan oleh Pn. Zainor Idayu sangat mudah dan selamat untuk diikuti. Di akhir acara, para peserta ditontonkan dengan persembahan senamrobik oleh pasukan senamrobik sekolah yang terdiri daripada para pelajar tingkatan 4. Mereka pernah mewakili sekolah dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan sebelum ini.

Bagi kumpulan peserta lelaki, mereka mengadakan tarian poco-poco di Dataran Budi yang dipimpin oleh Encik Sahrul Nizam b. Marbon. Berpeluh-peluh nampaknya guru-guru lelaki untukcubaseiring mengikut rentak. Tepat jam 9 pagi, acara yang ditunggu-tunggu pun tiba. Apalagi kalau bukan acara menikmati jamuan. Hidangan pada pagi ini dibawa oleh para guru sendiri. Semua nampak begitu berselera menikmatinya. Acara gotong-royong bermula tepat jam 10 pagi mengikut kawasan yang ditetapkan.Parapelajar membersih dan menghias kelas masing-masing. AJK tertinggi setiap kelas dan persatuan pula membantu para guru membersihkan bilik-bilik khas. Program tamat sekitar jam 1 tengahari. Persekitaran yang bersih dan menarik merangsang emosi dan tindakan yang cemerlang.

       

Categories: Latihan Staf
  1. Ariez dan Izzat
    March 6, 2012 at 12:01 pm

    Banyak maklumat dan sejarah yang ada di sekolah saya. Sekolah saya memang terbaik

  2. Muhd Irfan
    March 6, 2012 at 12:03 pm

    SMKDS sekolah terkenal di daerah Parit Sulung
    Betul ker tak??

  3. Firdaus
    March 6, 2012 at 12:05 pm

    Sekolah SMKDS adalah sekolah yang terbaik

  4. Muhamad Izzat
    March 6, 2012 at 12:07 pm

    memang cantik logo sekolah saya!!!!!!!!!

  5. Aina 4s3
    March 13, 2012 at 12:07 pm

    Bersenam larh untuk kesihatan….Go Dato Sulaiman…Go…

  6. azlin DB (4S3)
    March 13, 2012 at 12:11 pm

    Memang cantik logo sekolah kita macam logo sekolah dekat cerita Harry Potter. He..he..he..

  7. April 9, 2012 at 10:47 am

    seronok sangat dapat senam robik ramai-ramai…🙂

  8. Aisah
    April 23, 2012 at 10:42 am

    senamrobik sangat seronok , tahun hadapan buat lagi

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: