Home > Peristiwa > Kejohanan Merentas Desa MSSD

Kejohanan Merentas Desa MSSD

Oleh: Lailatul Syuhadah (wartawan junior)

Foto: Sahrul Nizam

     

PARIT SULONG, 18 Januari 2012 – Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD Batu Pahat diadakan di SMK Seri Medan. SMKDS telah menghantar 3 orang peserta perempuan dan 5 orang peserta lelaki. Acara dimulakan pada jam 8.30 pagi bagi kategori L18.

Seorang pelajar Tingkatan 1, Saudari Rasyidah telah berjaya menduduki tempat ke-13 manakala jaguh merentas desa SMKDS, Saudara Nor Hafiz bin Sukor telah mendapat naib johan bagi kategori L18. Beliau telah berhempas pulas memberikan tentangan sengit sejak awal acara dimulakan namun tidak bernasib baik untuk memenangi kejohanan yang saban tahun menjadi miliknya. Tempat pertama dimenangi oleh wakil dari Sekolah Tinggi, Batu Pahat.

Kemenangannya ini telah menyebabkan Nor Hafiz terpilih mewakili daerah Batu Pahat pada peringkat MSSJ yang diadakan di Pasir Gudang. Pada kejohanan peringkat negeri tersebut beliau mendapat tempat keempat dan sekali lagi terpilih mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan di Kedah. Beliau telah mendapat tempat ke-55 daripada 106 peserta.

Atlit kebanggaan SMKDS yang sering mengharumkan nama sekolah dengan kilauan pingat emas sejak tahun pertamanya di sekolah ini masih mempunyai peluang untuk cuba menempa kejayaan pada tahun hadapan. Semoga langkah cemerlang yang dimulakan atlit berusia 16 tahun ini diikuti oleh pelajar-pelajar lain.

Majulah Sukan Untuk Negara

Categories: Peristiwa
  1. nadhirah huda jamian
    April 16, 2012 at 11:03 am

    tahniah… dapat naib johan pun ok….🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: