Home > Peristiwa > Minggu Orientasi Tingkatan 1 dan 4

Minggu Orientasi Tingkatan 1 dan 4

Oleh : Norsyafika Azwa (Wartawan Junior)

Foto :

PARIT SULONG, 6 Januari 2012 – Pada 4 Januari 2012 hingga 6 Januari 2012, iaitu pada hari Rabu hingga hari Jumaat pada awal tahun, Program Orientasi Tingkatan Satu dan Empat Tahun 2012 telah diadakan. Program tersebut ditempatkan di Dewan SMK Dato’ Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Walaupun diadakan di tempat di tempat yang sama, pelajar-pelajar Tingkatan 1 dipisahkan daripada pelajar-pelajar Tingkatan 4 supaya guru-guru yang bertanggungjawab dapat menguruskan para pelajar dengan lebih mudah. Program ini diuruskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling beserta beberapa orang guru yang lain.

Program Tingkatan 4

Pada hari yang pertama, program ini dimulakan dengan taklimat ringkas daripada En. Othman bin Marin. Selepas itu, beberapa ceramah telah diberi oleh beberapa orang guru yang menerangkan tentang konsep pelajaran yang amat asing bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 jika dibandingkan dengan konsep pelajaran ketika ingin menduduki peperiksaan PMR pada tahun lepas. Pada hari pertama ini juga, kami dikehendaki meminta tandatangan guru-guru bagi matapelajaran yang bakal kami pelajari dalam program ‘Guruku Sayang’.

Pada hari yang kedua, iaitu pada 5 Januari 2012, kami diberi taklimat mengenai kokurikulum oleh GPK kokurikulum iaitu En. Abu Zayin bin Abdullah. Kami juga diberi taklimat mengenai ‘Kepentingan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris’ beserta dengan taklimat mengenai bidang Sains Sosial dan bidang Teknik dan Vokasional. Taklimat mengenai biasiswa, ‘Kelasku Bilikku’, dan SPBT.

Pada hari terakhir program ini diadakan, taklimat mengenai ‘Keperluan Matapelajaran Matematik dan Sains’ diadakan. Majlis penutupan pula dilakukan sejurus selepas taklimat tersebut tamat. Selepas waktu rehat, pembahagian kelas dilakukan dan pelajar-pelajar diminta melakukan gotong-royong kelas.

Program Tingkatan 1

Seperti yang sudah disebut di atas, pelajar-pelajar Tingkatan 1 juga turut menyertai program orientasi ini. Tetapi program orientasi mereka diadakan pada waktu petang, manakala program orientasi pelajar Tingkatan 4 pula diadakan pada waktu petang. Aktiviti program orientasi pelajar Tingkatan 1 berbeza daripada Tingkatan 4.

Dalam program ini, para pelajar yang menyertai program ini diterangkan mengenai peraturan, persekitaran dan keadaan di sekeliling sekolah ini. Para pelajar juga diperkenalkan kepada guru-guru yang bakal membimbing mereka untuk menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, agama dan negara.

Para peserta program orientasi ini juga diperkenalkan kepada lagu sekolah SMKDS iaitu ‘Majulah Kita’. Para pelajar juga diterangkan mengenai matapelajaran baru yang bakal mereka pelajari iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan matapelajaran tambahan yang lain.

Categories: Peristiwa
  1. siti aisyah
    March 6, 2012 at 12:14 pm

    chayokk!!!

  2. huda
    March 6, 2012 at 12:15 pm

    majulah smk dato sulaiman!!

  3. ismanieza
    March 6, 2012 at 12:17 pm

    semoga smk dato sulaiman terus berjaya sampai bila-bila…saranghaeyo…^_^

  4. siti aisyah
    March 6, 2012 at 12:19 pm

    semoga smk dato sulaiman terus cemelang!! >.<

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: