Home > Peristiwa > Pelancaran Kempen Membaca

Pelancaran Kempen Membaca

Oleh : Lyana Kamarudin (wartawan SMKDS)

Foto : Sahrul Nizam

      

      

PARIT SULONG, 30 Januari 2012 – Suatu tamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang berilmu. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah merangka bebrapa pendekatan bagi melaksanakan program galakan membaca contohnya program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). SMK Dato’  Sulaiman turut tidak mahu ketinggalan dalam menjayakan kempen ini.

Majlis yang dipngerusikan oleh Cik Nurul Liyana binti Kamarudin itu dimulakan dengan persembahan pidato oleh Saudari Azmyra binti Azmi (2RK1). Acara diteruskan dengan ucapan oleh Pn. Ayu binti Darlu selaku penyelaras programyang mana dalam ucapannya diterangkan kriteria pengiktirafan NILAM, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dan peluang-peluang memenangi anugerah tertentu melalui program membaca ini.

Kemuncak acara ini adalah perasmian oleh Pn. Hjh. Noriah binti Nasir . Beliau seterusnya menyerahkan buletin pengguna kepada wakil setiap tingkatan sebagai simbolik sumber bacaan. Pada majlis kali ini, terdapat seorang pelajar berjaya mendapat pengiktirafan NILAM iaitu Saudari Farah Farhana binti Ismail (5SPM1).

Semoga program membina tabiat membaca yang dijalankan sepanjang tahun ini dapat melahirkan tokoh pelajar yang berketrampilan, mempunyai sifat kepimpinan, berani berhadapan dengan khalayak, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.

  

          

 Membaca ibarat sebuah pengembaraan.

Luas pembacaan, luas pengalaman.

Categories: Peristiwa
  1. hasif
    March 7, 2012 at 9:41 am

    ….bagusnya SMK Dato Sulaiman….

  2. aiman
    March 7, 2012 at 9:44 am

    betol la….SMK Dto Sulaiman mmg bagus!!!!

  3. March 7, 2012 at 10:05 am

    amaLan membaCa sangat bagus unTuk diterapkan oleh semua warga sMkds..^^

    * azlan and fikri….team work..^_^

  4. shahira
    March 7, 2012 at 10:06 am

    semoga kempen membaca ini dapat memupuk lagi semangat membaca di kalangan pelajar-pelajar SMK Dato’ Sulaiman ,..

  5. miza ridwana
    March 13, 2012 at 12:03 pm

    membca itu tangga kjayaan …

  6. April 5, 2012 at 9:40 am

    Wah gambar saya lagi . Cipta rekod ni ! hehe . Apa-apa pun SMKDS terbaikkk !🙂

  7. April 9, 2012 at 10:43 am

    TERBAIK!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: