Home > Peristiwa > Kejohanan Hoki MSSD Batu Pahat

Kejohanan Hoki MSSD Batu Pahat

Oleh : Lyana Kamarudin (wartawan SMKDS)

Foto : Sahrul Nizam

Pasukan Hoki Bawah 18 tahun SMKDS

PARIT RAJA, 31 Januari 2012 –  Kejohanan Hoki MSSD Batu Pahat telah berlangsung di Stadium Hoki Astro Turf, UTHM selama 2 hari bermula hari ini. SMK Dato’ Sulaiman telah menghantar satu pasukan Lelaki Bawah 18 tahun. Pasukan ini baru ditubuhkan pada penghujung tahun  2011 yang dilatih sendiri oleh En. Sahrul Nizam bin Marbon (guru SMKDS). Majoriti pemain terdiri dari kalangan pelajar Tingkatan 2.

Pasukan SMKDS telah bertemu dengan pasukan dari SMK Banang Jaya pada perlawanan pertama dan berkesudahan tewas  0-1. Seterusnya, sekali lagi tewas 0-2 dengan pasukan SMK Senggarang pada perlawanan kedua. Walaubagaimanapun, semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain sangat dipuji. Mereka mampu memberi saingan kepada pasukan lawan yang lebih berpengalaman dan terbukti kejaguhannya.

Menurut jurulatih pasukan, beliau mensasarkan pasukan hoki SMKDS mampu memberikan saingan hingga sekurang-kurangnya tempat keempat pada kejohanan edisi akan datang. Selaku jurulatih hoki daerah Batu Pahat, beliau juga berharap 4 orang pemain SMKDS terpilih mewakili daerah ke peringkat MSSJ pada setiap edisi kejohanan.

Sesi latihan diadakan pada setiap hari Rabu bermula jam 3.30 petang hingga 5.30 petang.

            

Menang Bergaya, Kalah Bermaruah

Categories: Peristiwa
  1. alen5s4
    March 7, 2012 at 9:43 am

    Hoki sMKds..waLaU pOn taK menang koRang tetap the best….XP

  2. shahira
    March 7, 2012 at 9:43 am

    usaha tangga kejayaan , berusaha lebih insyaallah boleh jadi juara🙂

  3. Hafizal Mohd Jais
    March 7, 2012 at 9:43 am

    Walaupun tidak dapat masuk ke peringkat akhir,namun sebagai warga SMKDS.. saya turut berbangga dengan pencapaian skuad hoki sekolah ini dan kepada calon-calon SPM tahun 2012,buatlah yang terbaik demi masa depan yang cerah.. sayonara!

  4. Mohamad zulhasif Bin Alim
    March 7, 2012 at 9:44 am

    pasukan hoki! teruskan usaha.. jangan leka. . banyakkan berlatih.. kepada kawan-II yang telah beusaha dalam pertandingan hoki lepas.. tengs kerana dah berusaha

    “menang bergaya, kalah bermaruah”

  5. nursyakirah
    March 7, 2012 at 9:44 am

    kalau kalah tak ape .yang penting sudah berusaha yang terbaik .:)

  6. Apiz
    March 7, 2012 at 9:48 am

    jagan risau . tahun depan cuba lagi

  7. Ezzah Suhana
    March 13, 2012 at 9:50 am

    baju nak MENYERLAHkan🙂

  8. miza ridwana
    March 13, 2012 at 9:50 am

    ushe tngge kjayaan… jgn ptos ase…

  9. aiShah96s3
    March 13, 2012 at 10:18 am

    walaupun bru ditubuhkan tahun ni, hoki SMKDS tetap the best !

  10. azlin DB (4S3)
    March 13, 2012 at 12:14 pm

    Barang yang lepas jangan dikenang. Berusaha ya! Jangan putus asa,buat yang terbaik pada tahun depan.

  11. aiye
    April 16, 2012 at 11:06 am

    smart la budak-budaknye😉

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: