Home > Peristiwa > Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Sekolah

Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Sekolah

Oleh : Amira Elyanie (wartawan junior)

Foto : Sahrul Nizam

       

PARIT SULONG, 13 Februari 2012 – Majlis watikah pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan AJK Kelab dan Persatuan diadakan pada pagi ini. Para penerima watikah telah awal-awal lagi mendaftarkan diri dan seterusnya mengambil tempat masing-masing. Ketibaan perasmi, ASP R Linggam A.M.N, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Batu Pahat disambut dengan tabik hormat dari barisan ahli Kadet Polis, Pengakap dan Kadet Bomba.

Beliau dalam ucapannya antara lain menyeru agar semua pelajar yang dilantik dapat menunjukkan tokoh kepemimpinan yang tinggi. Beliau juga berharap semua pelajar dapat mematuhi segala peraturan sekolah agar matlamat sekolah dapat direalisasikan. Pada majlis yang bermula tepat jam 7.45 pagi itu, seramai 151 orang Pengawas sekolah, 68 orang Pengawas Pusat Sumber dan 14 orang AJK Kelab dan Persatuan  telah menerima watikah pelantikan pada pagi ini.

Para penerima watikah pelantikan sama berdiri dan melafazkan ikrar dengan penuh semangat yang diketuai oleh Saudari Hajaratul Aswad selaku Ketua Pelajar bagi sesi 2012.  Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku oleh warga SMKDS. Kira-kira jam 9 pagi, majlis diakhiri dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

      

Categories: Peristiwa
  1. April 5, 2012 at 9:38 am

    Semuanya kemas-kemas belaka🙂

  2. aida
    April 16, 2012 at 11:13 am

    ha, betul la tu. Yang paling penting mesti pikul tanggungjawab yang diberikan…..🙂

  3. zulhilmi
    April 19, 2012 at 9:07 am

    betul-betul-betul. harap-harap semua badan kepimpinan smkds melakukan tugasnya dengan bersungguh-sungguh

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: