Home > Peristiwa > Kemeriahan Kejohanan Merentas Desa SMKDS

Kemeriahan Kejohanan Merentas Desa SMKDS

Oleh : Amira Elyanie (wartawan junior)

Foto : Hailmy Jomaat

Para pelajar memberikan sorakan kepada rumah masing-masing.

PARIT SULONG, 17 Februari 2012 – Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman telah menganjurkan Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Acara ini telah dimulakan seawal jam 8 pagi. Satu taklimat telah disampaikan kepada para peserta sebelum acara dimulakan. Taklimat itu telah disampaikan oleh Encik Mohd Amfal Bin Basri yang menerangkan peraturan dan laluan pertandingan yang akan dilalui. Acara ini disertai oleh 8 buah rumah sukan iaitu Kuning, Oren, Hijau, Putih, Biru, Merun, Merah dan Ungu.

Larian bermula dari luar pagar sekolah, melalui Parit Raja Ahmad, Sekolah Agama Seri Chantek dan terus ke Jalan Sentang Batu dan akhirnye ke SMK Dato Sulaiman semula dengan jarak lebih kurang 5 kilometer jauhnya. Sebelum memulakan pertandingan, para peserta telah melakukan acara memanaskan badan terlebih dahulu. Acara memanaskan badan diketuai oleh Cikgu Sahrul Nizam. Pelajar yang terlibat ialah semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. Pertandingan ini dijalankan mengikut kategori tertentu iaitu kategori C ( pelajar tingkatan satu ), kategori B ( pelajar tingkatan dua dan tiga ) dan kategori A ( pelajar tingkatan empat dan lima ).

Acara dimulakan dengan melepaskan pelajar perempuan ketagori C, disusuli oleh kategori B dan A. Setelah peserta perempuan mengakhiri larian tersebut, pertandingan disusuli dengan peserta lelaki pula. Sesudah selesainya pertandingan bagi peserta lelaki, majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Noriah Binti Nasir, Pengetua SMK Dato Sulaiman dan En. Ab. Zayin Bin Abdullah selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Johan keseluruhan acara merentas desa bagi tahun ini telah diungguli oleh rumah Hulubalang iaitu kuning mengalahkan tujuh rumah sukan yang lain. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku pada jam 12 tengah hari.

Categories: Peristiwa
  1. aiShah96s3
    March 13, 2012 at 10:16 am

    bendera hulubalang paling menyerlah . huhuhu

  2. Apiz
    March 29, 2012 at 11:35 am

    Merun lagi menyerlah lah

  3. YANA
    April 9, 2012 at 10:40 am

    KUNING!

  4. aiye
    April 16, 2012 at 11:01 am

    tahniah kepada rumah kuning/hulubalang !!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: