Home > Peristiwa > Seminar Bahasa Inggeris

Seminar Bahasa Inggeris

Oleh : Syafika Azwa

PARIT SULONG, 14 Februari 2012 – Seminar Bahasa Inggeris telah diadakan di Dewan SMK Dato’ Sulaiman pada hari ini. Seminar ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan beberapa orang lagi guru.

Seminar ini disampaikan oleh beberapa orang tenaga pengajar daripada Pusat Bahasa Titian Jaya yang beroperasi di Batu Pahat. Seminar ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pada jam 8:30 pagi yang disertai oleh pelajar Tingkatan 3 yang bakal menghadapi PMR manakala pada sesi yang kedua iaitu untuk pelajar Tingkatan 4 pula diadakan pada jam 10:30 pagi.

Penceramah yang memberi penerangan kepada para peserta ialah Miss Sheril merupakan rakyat Filipina, dan seorang lagi rakannya berbangsa India iaitu Encik Sivan Rajah. 2 orang lagi rakan lelaki yang berbangsa Cina dan seorang wanita turut sama memberi bantuan sepanjang seminar tersebut diadakan.

Mendengarkan kefasihan Miss Sheril bertutur dalam Bahasa Inggeris menimbulkan motivasi yang sangat tinggi dalam diri peserta untuk turut sama cuba berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Dek kerana beliau tidak langsung tahu bertutur dalam Bahasa Melayu, para peserta akhirnya mengalah untuk cuba berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Sungguhpun ada sedikit kesalahan dari segi struktur ayat dan sebutan, mereka tampaknya positif untuk cuba sedaya upaya.

Program-program sebegini harus diteruskan malah diperbanyakkan bagi membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Categories: Peristiwa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: