Home > Peristiwa > Kecemasan! Api! Api!

Kecemasan! Api! Api!

Oleh: Lyana Kamarudin (wartawan SMKDS)

Foto: Sahrul Nizam

Seorang ahli Kadet Bomba cuba memadamkan api menggunakan alat pemadam api.

PARIT SULONG, 15 Februari 2012 –  Sesi persekolahan di SMK Dato’ Sulaiman pada hari ini berjalan lancar seperti biasa sehinggalah tepat jam 12.45 tengah hari. Seisi sekolah gempar dengan bunyi deringan loceng yang panjang seakan tidak mahu berhenti. Serentak dengan itu juga, terdengar jeritan-jeritan berbaur cemas mengatakan “Api!” “Api!”. Para pelajar diarahkan untuk segera meninggalkan bangunan kelas masing-masing dan berkumpul di padang sekolah. Dalam kesibukan dan riuh rendah yang berlaku, tiba-tiba sekali lagi warga SMKDS dikejutkan dengan kehadiran 2 orang pelajar yang diusung daripada blok Lestari.

Keadaan tertanya-tanya itu terus berlarutan, sehinggalah tampil seorang guru lelaki, Encik Kamil bin Jikan mengatakan, pelajar yang diusung itu merupakan mangsa yang tidak dapat diselamatkan daripada kebakaran yang berlaku di kawasan sekolah. Namun, apa yang menghairankan, sejurus berita itu diterima, gegak gempita pula kawasan padang dengan gelak tawa daripada para pelajar. Apa tidaknya, rupa-rupanya ini adalah latihan kebakaran yang dianjurkan oleh Unit Keselamatan sekolah bagi tahun 2012.

   

Categories: Peristiwa
  1. April 9, 2012 at 11:17 am

    wau,,khusyuknya padamkan api itu…

  2. Aisah
    April 23, 2012 at 10:41 am

    macam best saja padam api tu . nak cuba boleh ? hehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: