Home > Peristiwa > Sukantara

Sukantara

Oleh : Lyana Kamarudin

Foto : Nawal Faiqah, Sahrul Nizam

Para peserta bersedia untuk memulakan larian sejauh 100m.

PARIT SULONG, 22 Februari 2012 – Adakah anda tahu kepentingan sukan dalam diri kita? Adakah anda mengetahui bahawa sukan juga bagus untuk kesihatan? Bersukan menjadikan saluran darah kita berjalan lancar, mental menjadi cerdas dan otak menjadi cergas. Bukan itu sahaja, aktiviti sukan di sekolah juga dapat memupuk para pelajar berdaya saing dan berdisiplin.

Sukantara yang dijalankan saban tahun bukan sahaja dapat menjadikan para pelajar cergas, malah dapat mencungkil bakat terpendam dalam diri anak-anak permata negara di masa hadapan ini. Sukantara di SMKDS dijalankan selama 2 hari bermula 21 Februari 2012 dan berakhir pada 22 Februari 2012. Acara ini dijalankan berasingan mengikut sesi persekolahan yang mana pelajar sesi pagi menjalani sukantara bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi manakala pelajar sesi petang bermula jam 3.30 petang hingga 6.30 petang.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

  • 100m
  • 200m
  • Lompat Jauh
  • Lontar peluru
    
    
Keputusan sukantara tahun 2012 adalah seperti berikut:
  • Johan : Kuning
  • Naib Johan : Merah
  • Ketiga : Putih
  • Keempat : Merun
  • Kelima : Oren
  • Keenam : Hijau
  • Ketujuh : Biru
  • Kelapan : Ungu

Nampaknya rumah Kuning masih mendahului kedudukan mata dan sudah berjaya mengumpul 2 trofi kejohanan iaitu Sukantara dan Merentas Desa. Namun begitu, pungutan mata antara rumah-rumah hanya dibezakan oleh jumlah mata yang kecil, justeru semua rumah mempunyai peluang hampir sama untuk menunjukkan kejaguhan mereka apabila tiba Hari Sukan sebenar.

     

        

1 Murid 1 Sukan

Categories: Peristiwa
  1. April 9, 2012 at 11:11 am

    kepada para peserta lari laju-laju yew….good luck.,,

  2. eizaz
    April 9, 2012 at 1:54 pm

    kuning dapat number 1. hooowww. :0

  3. huda fiza
    April 16, 2012 at 10:55 am

    rumah kuning sukantara dia juara tapi sukan besar rumah putih mesti juara……..

  4. aiye
    April 16, 2012 at 10:59 am

    lari laju-laju , jgn tak lari

  5. Aisah
    April 23, 2012 at 10:42 am

    semoga pasukan merah , johan dalam sukan besar

  6. fiza & aisyah
    April 23, 2012 at 10:49 am

    ran as fast as lightning….🙂

  7. fiza aisyah
    April 23, 2012 at 10:50 am

    Oren yang TERBAIK!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: