Home > Peristiwa > Bicara Akademik dan Motivasi

Bicara Akademik dan Motivasi

Oleh : Lyana Kamarudin (wartawan SMKDS)

Foto : Salleh Mudri

PARIT SULONG, 18 Februari 2012 – Persefahaman yang baik dan hubungan yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar merupakan elemen sangat penting yang mesti dititikberatkan bagi melahirkan anak-anak yang bukan sahaja cemerlang akademiknya malahan gemilang akhlaknya.

Menyedari hakikat ini, pihak sekolah tidak menunggu lama untuk mengatur pertemuan dari hati ke hati bersama para ibubapa bagi tahun 2012 ini. Satu program yang dinamakan ‘Bicara Akademik’ ini antara lain mengupas audit akademik PMR 2011 dan pembentangan Headcount 2012 bagi pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas.  Ibu bapa diperkenalkan dengan beberapa istilah penting yang diguna pakai dalam membuat Headcount iaitu:

  1. TOV = Take Off Value (Tahap pencapaian semasa)
  2. OTI = Operational target Increment (Peningkatan Sasaran operasi)
  3. ETR = Expected Target Result  (Sasaran Hasil Jangkaan)
  4. AR = Actual Result (Hasil Sebenar)

Headcount sangat pentng untuk dilaksanakan kerana dapat membantu guru atau ibu bapa melihat keupayaan sedia ada pelajar. Selain itu, pihak sekolah juga dapat merancang program yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemampuan pelajar berasaskan diagnosis yang tepat. Barisan pentadbir, guru kelas dan guru matapelajaran dapat membuat pemantauan dan penilaian secara lebih sistematik yang akhirnya juga akan membantu semua pihak membuat post-mortem dan tindakan penambaikkan yang proaktif.

Selepas menikmati sedikit jamuan sekitar jam 10.00 pagi, ibubapa beralih pula ke slot kedua iaitu Ceramah Motivasi yang disampaikan oleh seorang penceramah muda namun berilmu tinggi dan berbakat besar iaitu Ustaz Fadly bin Samin yang didatangkan khas dari negeri Melaka. Beliau antara lain mengingatkan kembali para ibubapa untuk bersedia menjadi role-model yang paling hebat buat tatapan anak-anak.

Program yang berakhir kira-kira jam 1 tengah hari itu dilihat sangat berjaya dengan respon positif ditunjukkan oleh para ibu bapa. Semoga kerjasama ini dapat membawa SMKDS terus melangkag lebih jauh bukan sahaja dari segi akademik, tetapi yang lebih penting mempunyai kualiti remaja Muslim yang sebenar.

 

Categories: Peristiwa
  1. nadia
    April 5, 2012 at 9:18 am

    info yang sangat berkesan terima kasih cikgu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: